Oleh pada 23 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Hafiz Zainal

   

Selain penilaian juri profesional, program realiti Big Stage 2020 turut mengambil kira suara peminat dengan menggunakan kaedah penjurian kedua iaitu undian warganet.

Undian peminat amat penting terutama jika peserta kegemaran mereka berada dalam senarai 'Bottom Three' pemarkahan juri. Maka peratus undian yang dihulurkan bakal menentukan siapakah di kalangan tiga peserta tercorot yang akan meninggalkan pertandingan di segmen penyingkiran.

    

Undi Big Stage 2020

Peminat boleh memilih untuk mengundi sama ada menerusi laman sesawang atau aplikasi Syok.

Untuk mendapatkan aplikasi Syok di telefon bimbit, anda perlu ke Google Play atau App Store untuk muat turun terlebih dahulu.

Manakala jika memilih laman sesawang sebagai platform mengundi, pergi ke voting.astro.com.my/bbnubigstage/

Sebelum mengundi, jangan lupa log masuk sama ada menggunakan akaun Astro atau laman Facebook anda.

Kemudian secara automatik anda akan diberikan 20 kredit bagi membuat undian.

Ketika artikel ini ditulis, senarai peserta yang masih berentap ialah seramai 12 orang iaitu Azzam Sham, Qody Rany, Yamani Abdillah, Hanie Soraya, Usop (Mentor), Dinie Rashid, Fadh Majid, Nana Sheme, Hafiz Zainal, Sandra Dianne, Amir Hasan dan Farisha Iris.

Anda dibenarkan untuk menggunakan maksimum 5 kredit sahaja bagi setiap seorang peserta yang ingin diundi.

Jika anda tidak menghabiskan kesemua 20 kredit pada minggu berkenaan, ianya bakal dihapuskan sebaik sahaja undian ditutup dan tidak boleh dibawa ke minggu hadapan.

Bagaimanapun anda akan diberikan 20 kredit baharu untuk setiap minggu yang baru bermula.

Jangan lupa untuk mengundi dengan segera kerana undian bakal ditutup pada setiap Ahad jam 6 petang.

Penonton disarankan untuk mengundi berdasarkan kualiti persembahan dan prestasi peserta dalam konsert mingguan yang berlangsung.

Peserta dengan undian tertinggi bakal diangkat sebagai 'BBNU Of The Week' yang akan diumumkan pada konsert mingguan Big Stage 2020.

Di samping itu, undian juga bakal menyelamatkan peserta sekiranya mereka berada dalam senarai 'Bottom Three' markah juri.

Untuk info mengenai format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

   

undi big stage 2020 911

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)