Oleh pada 14 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert tribute istimewa #SandraDalamKenangan berlangsung dalam suasana hiba di Pusat Convention Antarabangsa (PICC) Putrajaya, malam tadi.

Dayang Nurfaizah selaku juri tetap Big Stage 2020, membuka tirai konsert menerusi lagu Di Pintu Syurga yang dipopularkan olehnya sendiri.

Beberapa peserta Big Stage musim ketiga termasuk musim-musim lalu turut menghangatkan pentas dengan seleksi lagu meruntun jiwa.

Konsert sebagai tanda penghormatan terakhir buat Allahyarham Sandra Dianne itu turut diselangi dengan sesi temubual bersama rakan-rakan seperjuangannya, antaranya Neeta Manisha, Wani Kayrie, Sufi Rashid dan bintang-bintang Big Stage 2020.

Allahyarham merupakan salah seorang peserta yang berentap dalam pertandingan realiti itu bersama 11 lagi penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) iaitu Usop, Azzam Sham, Qody Rany, Fadh Majid, Dinie Rashid, Farisha Iris, Amir Hassan, Hanie Soraya, Yamani Abdillah, Hafiz Zainal dan Nana Sheme.

Penyanyi Dayang Nurfaizah, Faizal Tahir dan Ajai bertindak selaku juri tetap dalam program yang diacarakan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad itu.

Sandra yang cukup dikenali umum menerusi lagu Hey Kau, Tulus dan Terkemuka, terlantar koma di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya selepas mengalami kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 5 September lalu, sewaktu menuju ke PICC Putrajaya untuk latihan penuh Konsert Keempat (Minggu 4) Big Stage 2020.

Beliau bagaimanapun meninggal dunia pada 11 September selepas lima hari bertarung nyawa, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan, Tuaran, Sabah pada hari sama kira-kira jam 6 petang.

    

Baca: Biodata Sandra Dianne

Baca: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

big stage sandra 783

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Senarai Lagu Konsert Kelima (Minggu 5) Big Stage Musim 3 (2020) : Tribute Istimewa #SandraDalamKenangan

  1. Dayang Nurfaizah - Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah)
  2. Qody Rany - Kemarin (Seventeen)
  3. Wani Kayrie - Pelangi Petang (Sudirman Arshad)
  4. Hafiz Zainal - One Sweet Day (Mariah Carey & Boyz II Men)
  5. Farisha Iris - Cinta Sejati (Bunga Citra Lestari)
  6. Fadh Majid - Suatu Masa (M. Nasir)
  7. Neeta Manisha - Tulus (Sandra Dianne)
  8. Sufi Rashid - Luhur (Kamikaze)
  9. Yamani Abdillah - Di Sudut Kamar Hatiku (Jamal Abdillah)
  10. Azzam Sham - Salam Terakhir (Sudirman Arshad)
  11. Usop - Peneman (Hazama)
  12. Faizal Tahir - Starfeather (Faizal Tahir)

     

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Konsert Tribute

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)