Oleh pada 07 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Minggu keenam Big Stage musim ketiga (2020) mempertaruhkan tema 'Rotasi 36T' sebagai tugasan baharu kepada penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang bakal berentap.

Konsert yang akan dibawakan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menampilkan lapan peserta yang masih kekal iaitu Azzam Sham, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid, Dinie Rashid, Nana Sheme, Hafiz Zainal dan Farisha Iris.

Iluminasi kongsikan senarai lagu cover yang bakal dipersembahkan peserta dalam konsert pada hujung minggu ini.

     

Baca: Keputusan Kedudukan Markah Peserta Konsert Keenam Big Stage 2020 (Minggu 6) Suku Akhir

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

big stage 2020 841

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Big Stage Musim 3 (2020)

Tema: Rotasi 36T

  1. Usop - One Call Away (Charlie Puth)
  2. Azzam Sham - Numb (Linkin Park)
  3. Qody Rany - Teman Pengganti (Black ft Malique)
  4. Fadh Majid - Seperti Mati Lampu (Elmo Genk X Conrad Good Vibration)
  5. Hafiz Zainal - Rampas (Akim & The Majistret)
  6. Farisha Iris - How You Like That (Blackpink)
  7. Dinie Rashid - Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais)
  8. Nana Sheme - Budak Ngam (Sophia Liana ft Budak Ngam)

    

Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai selaku juri tetap, turut dibantu Neelofa, Caprice, Michael Ang dan Elly Mazlein mewakili 'Presiden Netizen', selain seorang juri jemputan mingguan.

Untuk butiran berkaitan format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 kelolaan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad, ke udara secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

    

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Minggu 4

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)