Oleh pada 21 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert minggu ketujuh Big Stage musim 2020 diteruskan Ahad ini menerusi tema Duominasi Platinum dan Pilihan Juri Tetap.

Saingan separuh akhir itu dibarisi enam peserta yang masih kekal iaitu Azzam Sham, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid, Dinie Rashid dan Farisha Iris.

Iluminasi senaraikan lagu-lagu cover yang bakal dipersembahkan mereka dalam usaha merebut tempat ke peringkat akhir musim ketiga ini.

   

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

   

big stage 2020 762

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Big Stage Musim 3 (2020)

Tema 1 : Duominasi Platinum

  1. Azzam Sham & Bob Yusof - Gundah (Ernie Zakri)
  2. Usop & Haqiem Rusli - Kembali Merindu (Slam)
  3. Qody Rany & Naqiu Boboy - Satu (SM Salim & Zainal Abidin)
  4. Fadh Majid & Shiha Zikir - Percayalah (Afgan & Raisa)
  5. Farisha Iris & Syamel - Ratusan Purnama (Melly Goeslaw & Marthino Lio)
  6. Dinie Rashid & Aizat Amdan - Sumpah (Naim Daniel)

    

Tema 2 : Veto Juri (Lagu Pilihan Juri Tetap)

  1. Qody Rany - Rude (Magic!)
  2. Azzam Sham - Tak Mungkin Bersama (Judika)
  3. Usop - Lelaki Ini (Anuar Zain)
  4. Fadh Majid - Someone You Loved (Lewis Capaldi)
  5. Farisha Iris - Semalam (Aina Abdul)
  6. Dinie Rashid - Adventure Of A Lifetime (Coldplay)

    

Kerusi juri tetap diduduki penyanyi Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan komposer Ajai, bersama barisan 'Presiden Netizen' iaitu Elly Mazlein, Neelofa, Caprice dan Michael Ang.

Turut serta, seorang juri jemputan yang diundang secara mingguan.

Butiran mengenai format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) merupakan sebuah program saluran Astro Ria, menggandingkan Alif Satar dan Sherry Alhadad sebagai pasangan pengacara, tayangan setiap Ahad, jam 9 malam.

    

Kredit video: Big Stage 2020 Live + - Minggu 6

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)