Oleh pada 09 Sep 2020 kategori

gegar vaganza 2020

Kredit foto: Astro Gempak

   

Dijangka menemui penonton 11 Oktober ini, rancangan realiti nyanyian Gegar Vaganza (GV) kini memasuki musim yang ketujuh.

   

peserta gegar vaganza 2020

Kredit foto: Astro Gempak

    

Menjelang kemunculan di kaca televisyen, warganet mula membuat ramalan sendiri dengan membariskan nama penyanyi berpengalaman untuk dicalonkan dalam edisi 2020 ini.

Senarai bintang Gegar Vaganza musim 7 (GV7) bagaimanapun hanya akan didedahkan dalam sebuah sidang media khas daripada pihak Astro yang dijangka diadakan pada penghujung September ini.

Dalam pada itu, nama-nama popular yang pernah mewarnai dunia hiburan suatu masa dahulu kembali menjadi sebutan netizen di media sosial.

Antara yang diramal bakal menghangatkan pentas musim ini termasuk penyanyi Toki, Alina Hassan, Azie, Ayu Damit, Man Bai, Anis Suraya, Shawn Baharin, Nikki Palikat, Ashira, Elda Susanti, Fiq (Mentor) dan Ruhil Amani.

Tidak hanya itu, nama-nama lain yang dicadangkan seperti Renggo (Arrow), Aman Shah, Haslinda, Rozita Izlyn, Abot, Aweera, Fairuz (Q-Face), Kumpulan Eva, Dayangku Intan dan Kumpulan Indigo.

Ada pula pihak yang mengatakan kononnya ada seorang penyanyi lagenda yang bakal menyahut cabaran memberikan saingan dalam penganjuran tahun ini.

Kesahihannya tidak pula diketahui, begitupun difahamkan musim ketujuh GV tetap akan diteruskan walaupun negara masih melaksanakan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) rentetan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, musim pertama hingga keenam GV dimenangi oleh Ayai (Ilusi), Siti Nordiana, Azharina Azhar, Aishah, Noryn Aziz dan Naqiu (Boboy) serta Hady Mirza (juara bersama).

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)