Oleh pada 14 Jun 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Netflix US

Menambahkan kemeriahan arena perfileman dan drama genre horror, banyak naskhah seram menarik yang muncul dalam dunia sinema lewat ini.

Bagi penggemar dan peminat setia cerita seram, tentunya kehadiran karya-karya terbaharu genre ini paling dinanti-nantikan.

Karya berciri ini sememangnya mempunyai tarikan kerana unsur mistik dalam penceritaannya dengan plot yang mencemaskan, yang mampu menyebabkan penonton tidak senang duduk di kerusi.

Jika anda mencari beberapa karya seram terkini yang menghiburkan dan mampu meninggalkan kesan mendalam, 9 cadangan ini mungkin menjadi antara pilihan yang terbaik.

9 Filem, Drama Seram Terbaru Paling Berhantu (2021 / 2022) - Boleh Tonton Secara Online!

Chucky (Drama Bersiri)

cerita seram 729

Sinopsis

Jake Wheeler membeli anak patung Chucky vintaj pada satu anjuran jualan halaman. Keadaan bertukar buruk apabila Jake mendapati patung berjenama "Good Guy" itu dihuni oleh roh pembunuh bersiri bernama Charles Lee Ray.

Sisi gelap dan rahsia bandar Amerika tempat tinggalnya, terdedah apabila menjadi sasaran Chucky dalam satu gelombang siri pembunuhan yang mengerikan.

Platform online: Astro Go

No One Gets Out Alive (Filem)

movie seram 507

Sinopsis

Seorang wanita dari Mexico yang bergelut tanpa dokumentasi, menyewa sebuah bilik di rumah tumpangan. Kejadian aneh dalam bangunan itu membawa kepada penglihatan yang meresahkan dan tangisan yang mengganggu. Mendapati ia berhantu, malangnya sesiapa yang cuba keluar tidak akan terlepas dari kematian.

Platform online: Netflix

The Conjuring: The Devil Made Me Do It (Filem)

kisah seram 72

Sinopsis

Penyiasat paranormal, Ed and Lorraine Warren melakukan penyiasatan terhadap satu kes mengenai seorang lelaki yang mengaku dirasuk syaitan sebelum bertindak membunuh.

Ed and Lorraine perlu melawan kejahatan kuasa ghaib yang mengganas dan menguasai orang, yang tidak pernah mereka lihat hingga menjadikan ia salah satu kes paling sensasi dalam sejarah karier mereka.

Platform online: HBO GO

Malignant (Filem)

cerita hantu seram 928

Sinopsis

Madison mempunyai penglihatan yang menakutkan tentang pembunuhan mengerikan yang berlaku di sekitar tempat tinggalnya.

Walau bagaimanapun, dia tidak lama kemudian menyedari bahawa mimpi terjaganya itu sebenarnya adalah realiti yang benar-benar berlaku.

Platform online: HBO GO

Host (Filem)

filem hantu paling seram 949

Sinopsis

Sewaktu berkurung di rumah ketika pandemik Covid-19, enam orang rakan melakukan aktiviti menjemput makhluk ghaib menerusi sidang dalam talian di aplikasi Zoom.

Mereka tidak lama kemudian terdedah kepada kejadian aneh di rumah mereka.

Platform online: Belum tersedia di Malaysia

The Night House (Filem)

seram

Sinopsis

Kematian suaminya yang membunuh diri adalah satu kehilangan yang perit buat Beth, seorang guru sekolah rendah. Untuk menyingkirkan kenangan manis bersama suami, dia menjual rumah kerana ingin berpindah ke kediaman lain bagi memulakan kehidupan baharu.

Beth menemui kebenaran yang mengejutkan tentang kehidupan rahsia mendiang suaminya menerusi barang-barang peninggalan beliau.

Platform online: Disney+ Hotstar Malaysia

Fear Street (Filem)

cerita hantu 810

Sinopsis

Berasa terancam dengan beberapa siri pembunuhan kejam, sekumpulan remaja bangkit berdepan dengan kuasa jahat yang bertanggungjawab dalam mencetuskan huru-hara di bandar mereka -- selama berkurun lamanya.

Platform online: Netflix

Histeria The Series (Drama Melayu Berepisod)

movie hantu 240

Sinopsis

Sekumpulan pelajar menyiasat kes pembunuhan yang berlaku di sekolah berasrama mereka pada 10 tahun lalu, namun telah membangkitkan sesuatu yang misteri dan kini mereka terpaksa menghadapi pelbagai gangguan ghaib yang mengakibatkan kejadian sedekad lalu kembali berulang.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Histeria The Series (Astro Citra)

Platform online: Astro Go

The Midnight Club (Drama Bersiri)

cerita hantu paling seram 924

*Akan datang 7 Oktober 2022

Sinopsis

Setiap hari, lapan ahli Kelab Midnight berkongsi dan menyelami kisah menakutkan dalam pertemuan lewat malam mereka di sebuah rumah agam yang mempunyai sejarah misteri.

Mereka pergi lebih jauh dan cuba untuk berkomunikasi dengan alam ghaib dari dunia luar.

Berdasarkan siri buku Christopher Pike dan daripada pencipta siri The Haunting of Hill House.

Platform online: Netflix

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Mesti Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 12 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Wajib Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Terbaru Paling 'Berhantu' - Cabar Diri Anda Tonton!

Kredit video: The Best Horror Movies On Netflix | Netflix




Hakcipta iluminasi.com (2017)