Oleh pada 05 Oct 2023 kategori

        

Tanpa ragu, industri filem Indonesia sememangnya dikenali dengan genre seram yang sering mencetuskan fenomena sehingga mencapai pasaran di negara kita.

         

filem seram indonesia

       

Jika anda masih ingat, filem-filem seram seperti 'Pengabdi Setan' dan 'Sebelum Iblis Menjemput' dari Indonesia adalah antara filem yang berjaya menghidupkan pengalaman seram kepada para penonton kita.

         

filem indonesia

         

Untuk kalian yang gemar dengan genre seram dari negara seberang ini, kami kongsikan 10 filem seram Indonesia yang pernah mencapai kejayaan besar dan masih dikenang penonton sehingga ke hari ini.

Dalam artikel ini, filem-filem yang disenaraikan merupakan hasil naskhah seram moden yang terbaru iaitu dalam lingkungan enam tahun yang lalu.

         

10 Filem Seram Indonesia (2017-2023) Yang Wajib Tonton, Berserta Sinopsis

Pengabdi Setan (2017)

cerita seram 479

Filem ini mengisahkan tentang seorang ibu yang meninggal dunia selepas melawan penyakit misteri selama tiga tahun. Setelah kematiannya, si bapa memutuskan untuk bekerja di kota dan meninggalkan anak-anak mereka di rumah. Tidak lama kemudian, roh si ibu kembali untuk mengunjungi anak-anak mereka. Situasi yang menyeramkan terjadi saat mereka mengetahui bahawa ibu mereka bukan hanya datang untuk melawat, malah juga ingin membawa mereka semua 'pergi'.

       

Platform online: Netflix

         

Pengabdi Setan 2 : Communion (2022)

movie seram 689

Kesinambungan 'Pengabdi Setan' membawakan kisah seorang bapa yang membawa anak-anaknya berpindah ke rumah pangsa selepas mengalami insiden mengerikan yang meragut nyawa ibu mereka. Keluarga ini menetap di sebuah rumah berdekatan pantai, di mana ramai penduduk yang tinggal membuatkan mereka berasa lebih selamat. Namun, mereka segera menyedari bahawa hal itu sebenarnya lebih membahayakan jika mereka tidak mengenali jiran tetangga. Dalam pelarian mencari tempat yang selamat, mereka diganggu pengalaman yang mengerikan dan harus segera menyelamatkan diri.

         

Waktu Maghrib (2023)

movie seram indonesia 2023

Filem diberi judul Waktu Maghrib ini menceritakan tentang dua sahabat baik, Adi dan Saman yang sering lewat ke sekolah lantas menjadi sasaran kemarahan salah seorang guru mereka. Kerana tidak puas hati dengan denda yang diberikan, pada suatu hari menjelang Maghrib, mereka mengutuk dan menyumpah seranah agar guru mereka segera meninggal dunia. Tanpa diduga, cikgu itu benar-benar mati dalam satu insiden yang menakutkan. Kehidupan Adi dan Saman mula berubah semenjak itu.

      

Platform online: Prime Video

         

Perempuan Tanah Jahanam (2019)

cerita hantu 610

Setelah selamat dari percubaan pembunuhan di bandar, seorang wanita muda mendapati dia mewarisi sebuah rumah di kampung halamannya. Bersama sahabatnya, mereka memulakan perjalanan ke kampung dengan harapan mendapatkan harta warisan, tanpa mengetahui bahawa komuniti di sana sedang merancang untuk membunuhnya, bagi menghapuskan sumpahan yang menghantui kampung itu selama bertahun-tahun. Dia akhirnya dikejutkan dengan kebenaran yang rumit mengenai masa lampaunya.

          

Sebelum Iblis Menjemput (2018)

cerita indonesia seram

Menceritakan Alfie, seorang gadis yang mengunjungi vila lama bapanya untuk mencari jawapan tentang penyakit misteri yang dideritai bapanya yang sedang koma. Dia, ibu tiri dan adik-beradik tirinya secara tidak sengaja membongkar sebuah rahsia ketika mereka menemukan sebuah bilik tersembunyi di bawah tanah. Tempat pemujaan yang telah ditinggalkan dan dikunci selama bertahun-tahun itu adalah kawasan di mana bapanya membuat perjanjian dengan iblis untuk memperoleh kekayaan dan kejayaan di dunia ini.

         

Platform online: Netflix

       

Sebelum Iblis Menjemput Ayat 2 (2020)

movie hantu 790

Selepas berjaya menyelamatkan diri dari kejadian sebelum ini, Alfie dan adiknya meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun trauma terhadap ingatan peristiwa tersebut yang masih belum hilang sepenuhnya. Alfie masih dilanda perasaan bersalah dan dihantui oleh penglihatan aneh yang menakutkan.

Suatu hari, Alfie dan adiknya didekati oleh anak-anak yatim di sebuah pusat jagaan yang meminta bantuan mereka untuk melawan satu entiti jahat. Mereka dihantui beberapa kejadian pelik yang menggerunkan di pusat jagaan tersebut.

Apabila Alfie sedar tentang bahaya yang mengancam dirinya dan rakan-rakan, dia akhirnya menyedari bahawa iblis yang cuba membunuh mereka mempunyai kaitan dengan entiti yang dahulu pernah memusnahkan keluarganya.

        

Makmum (2019)

cerita hantu indonesia

Makmum mengisahkan tentang tiga pelajar yang terpaksa tinggal di asrama semasa cuti sekolah, menghadapi pengalaman seram ketika menunaikan solat. Ketika mereka menunaikan solat seorang diri di asrama, selalu akan adanya 'makmum' misteri yang muncul dan solat bersama dari belakang.

Entiti misteri yang menakutkan ini mempunyai hubungan dengan kisah dendam lama yang dirahsiakan oleh pengetua dan penjaga asrama puteri itu. Situasi semakin tegang apabila Rini, seorang penjaga rumah mayat, kembali ke asrama tersebut yang merupakan bekas sekolahnya untuk bekerja di sana. Rini dengan tekad cuba membantu tiga pelajar ini tanpa menyedari bahawa nyawanya sendiri bakal terancam.

         

Platform online: Prime Video

        

Makmum 2 (2021)

filem terbaru 667

Dalam filem 'Makmum 2', kisah Riri berlanjutan apabila dia pulang ke kampung halaman bersama anaknya, Hafiz, selepas mendapat berita kematian makcik yang pernah menjaganya semasa kecil. Sejak kembali ke kampung itu, dia terus dihantui oleh hantu makmum, dan anaknya, Hafiz, tiba-tiba hilang dan ditemui dalam hutan. Ini disebabkan oleh penduduk kampung yang membina masjid di atas hutan larangan dan menebang pokok yang tidak sepatutnya ditebang. Kanak-kanak di kampung itu menjadi mangsa hantu hutan larangan yang menggoyahkan keimanan Riri sekaligus menempatkannya dalam bahaya.

         

Platform online: Disney+ Hotstar

        

Khanzab (2023)

cerita seram indonesia 2023

Filem 'spin-off' kepada Makmum dan Makmum 2 ini menceritakan tentang Rahayu yang menyaksikan bapanya menjadi mangsa ilmu sihir dan dibunuh oleh penduduk kampung. Selepas peristiwa itu, Rahayu, bersama ibu dan adiknya terpaksa berpindah tempat tinggal. Keluarganya dipulaukan masyarakat kerana dituduh melibatkan diri dalam amalan sihir. Suatu malam, Rahayu mengalami trauma yang menyebabkannya sukar untuk fokus semasa menunaikan solat kerana wujudnya entiti yang mengganggu.

            

Platform online: Prime Video

        

KKN Di Desa Penari (2022)

filem 2023 508

Dalam kisah 'KKN di Desa Penari', diceritakan sekumpulan pelajar yang berhasrat untuk menjalankan kajian mengenai kehidupan masyarakat di sebuah perkampungan. Kampung itu penuh dengan misteri yang kemudiannya menghantui semua pelajar itu apabila mereka mula melanggar peraturan. Malapetaka menimpa disebabkan mereka melintasi sempadan yang mempunyai hubungan dengan jin yang merupakan seorang penari dan penunggu hutan.

         

Platform online: Prime Video, Disney+ Hotstar

         

          

Baca: 10 Filem Indonesia Terbaru 'Best' (2023 / 2024), Juga Tersedia Online!

Baca: Info Dan Sinopsis Indigo, Filem Seram Indonesia, Kini Di Netflix!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Seram Indonesia, The Empty Chair: Final Exam (Bangku Kosong: Ujian Terakhir), Kini Di Netflix!

        

Untuk lebih filem seram Indonesia terkini, baca artikel: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

        

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023), Mesti Tonton!

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)