Oleh pada 14 Oct 2022 kategori

Mempunyai pengikut yang ramai, filem dan drama bergenre seram terus mendapat sambutan penonton sejak kebelakangan ini.

Justeru, tidak hairanlah pembikin naskhah tempatan terus mencari idea segar dengan jalan cerita yang menarik untuk disiarkan di kaca televisyen mahupun skrin besar.

Kali ini, Iluminasi menyenaraikan lapan karya seram terbaru Malaysia yang bakal membuatkan penonton tidak senang duduk di pawagam mahupun di hadapan kaca televisyen.

8 Filem, Drama Seram Malaysia Terkini (2021 / 2022) - Ada Yang Boleh Ditonton Secara Online!

Talbis Iblis (Filem)

movie seram 887

Bagi mengelak orang ramai mengetahui dirinya hamil, Hajar yang masih belum berkahwin, dihantar Arshad ke tempat yang jauh dari ibu kota untuk melahirkan anak mereka, bersama Mak Ju seorang bidan yang pakar dalam memberikan penjagaan yang terbaik, sebelum dan selepas bersalin.

Tetapi Hajar tidak menyedari bahawa Mak Ju mempunyai niat jahatnya tersendiri. Mak Ju sedang tercari-cari wadah jiwa yang sesuai, iaitu anak Hajar yang bakal lahir yang boleh membantu menghidupkan semula arwah anaknya.

Platform online: Astro First

Ada Hantu 2 (Filem)

movie hantu seram

Lima rakan, Aliff, Bariah, Talha, Jimmy dan Sasha melangkah masuk ke dalam banglo yang ditinggalkan keluarga Bariah, untuk mencari hantu Jepun dan hantu Kimono yang muncul dalam mimpi Bariah.

Mereka menjumpai pintu misteri di dalam bilik pembantu rumah, lalu satu demi satu kisah seram berlaku kepada mereka ketika menjalankan 'misi' tersebut, sehingga apa yang berlaku seterusnya akan membuat anda terkedu!

Platform online: Disney+ Hotstar

     

Rasuk (Filem)

filem hantu 568

Seorang guru yang masih trauma dengan tragedi menimpanya, terpaksa kembali bekerja, namun kerana bermulanya cuti penggal, pada hari yang sama, lima pelajar telah mengunjungi sebuah air terjun untuk berkelah.

Keadaan menjadi kecoh apabila salah seorang daripada mereka menjumpai botol misteri dan membukanya, lalu seorang demi seorang pelajar yang masih berada di asrama itu dirasuk. Untuk hidup, mereka perlu bertahan dan ada yang terpaksa berkorban.

Platform online: Netflix

Jerangkung Dalam Almari (Filem)

filem seram malaysia 955

Mempersembahkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada kisah benar masyarakat, sebuah keluarga terpaksa berhadapan dengan gangguan mistik dan menjadi mangsa ilmu hitam.

Ia kerana rahsia gelap yang disimpan oleh adik beradik Fikri dan Ali yang mengakibatkan ancaman Jerangkung menjelma muncul dari dalam almari dan mengancam nyawa isteri dan anak Fikri.

Fikri pulang semula ke rumah lamanya dengan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan, untuk membuat perhitungan dengan abang Ali yang menyimpan rahsia ngeri di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

Platform online: Astro First

Histeria The Series (Drama Berepisod Astro Citra)

filem melayu 815

Sekumpulan pelajar sebuah sekolah berasrama penuh, Sekolah Sri Fatimah berdepan pelbagai gangguan ghaib selepas cuba menjejak kes pembunuhan yang berlaku di sekolah mereka 10 tahun lalu - yang mengakibatkan kejadian sedekad lalu itu kembali berulang!

Platform online: Astro Go

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Histeria The Series (Astro Citra)

Remang (Drama Berepisod TV3)

cerita hantu seram 257

DJ radio bernama Ejay menukar segmen cinta dalam slot tengah malam yang dijayakannya kepada segmen seram berjudul "Remang Malam".

Dalam segmen ini, DJ Ejay dihubungi oleh para pendengar yang ingin berkongsi pengalaman mistik dan ghaib mereka yang juga kisah-kisah lazim yang diceritakan secara turun-temurun dalam masyarakat Melayu.

Antara koleksi cerita seram yang dipaparkan dalam setiap episod ialah Dendam Saka, Pak Cik Tumpang, Alam Lain, Perhentian, Peneman Syif Malam dan lain-lain.

Platform online: Tonton

Tanah Kubur Hati Hitam (Telefilem Astro Citra)

cerita seram 950

Selepas mendapati tubuh Teja mengalami kecederaan, Kamaliah mengesyaki anaknya yang merupakan seorang OKU itu didera ketika berada di rumah jagaan Norma.

Dia mengadu kepada Tok Adi, tetapi Norma menafikan itu adalah perbuatannya. Tetapi Tok Adi tidak mempercayainya. Siapa yang harus dipersalahkan dan mengapa Teja menjadi mangsa penderaan?

Platform online: Astro Go

Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman (Telefilem Astro Citra)

cerita seram malaysia

Janda yang mengandung bernama Khatijah menuduh Tok Adi merogolnya sehingga Tok Adi ditangkap oleh penduduk kampung.

Tok Adi cuba menafikan segala tohmahan yang dilemparkan dan berdoa agar Tuhan menunjukkan kebenaran.

Platform online: Astro Go

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru (2022 / 2023), Mesti Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Mesti Tonton!

Baca: Paling Berhantu! 9 Filem, Drama Seram Terbaru Mesti Tonton

Baca: 12 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Wajib Tonton!

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 10 Filem Seram Terbaru Paling 'Berhantu' - Cabar Diri Anda Tonton!




Hakcipta iluminasi.com (2017)