Oleh pada 15 Apr 2024 kategori

       

Tidak dinafikan, kaki filem seram di Malaysia rata-ratanya adalah peminat naskhah seram dari negara Indonesia. Namun, jangan dilupakan bahawa filem seram terbitan Thailand juga tidak kurang hebatnya. Dari suasana seram hingga plot twist yang tak terjangka, filem-filem Thailand mempunyai tarikannya yang tersendiri.

Dalam zaman filem seram moden ini, dari era 2000-an hingga 2020-an, pelbagai filem seram terbaru Thailand yang wajib ditonton. Menerusi artikel kali ini, kami ingin kongsikan 10 filem seram Thailand terbaru yang mampu menaikkan bulu roma anda. Lebih menarik, rata-ratanya dapat ditonton secara dalam talian sahaja.

        

Khong-Khaek: The Djinn's Curse (2023)

filem seram thailand 18748

Sinopsis

Sebuah filem seram Islamik yang mengisahkan tentang Win, seorang bapa yang membawa keluarganya ke sebuah kampung di Selatan Narathiwat dalam usaha untuk melindungi mereka daripada gangguan mistik. Namun, apa yang mereka harapkan sebagai tempat perlindungan berubah menjadi mimpi ngeri apabila gangguan misteri yang menakutkan terus memburu mereka. Win terpaksa berhadapan dengan kuasa gelap yang mengancam keluarganya, sambil berusaha mencari jawapan tentang rahsia yang tersembunyi di sebalik gangguan jin tersebut.

       

Genre: Seram Islamik

Platform Online: Netflix (Mulai 18 April 2024)

        

Baca: Info Dan Sinopsis The Djinn's Curse (Khong Khaek), Filem Seram Thailand 2023, Kini Di Netflix Malaysia!

       

Death Whisperer (2023)

filem thailand 84765

Sinopsis

Setelah kembali ke kampung halaman, Yak, anak sulung dalam sebuah keluarga petani, terpaksa berdepan dengan serangkaian peristiwa seram yang mengancam keselamatan adik perempuannya. Semuanya bermula apabila seorang gadis muda di kampung itu terkena penyakit misteri yang mengubah tingkah laku dan akhirnya meninggal dunia. Selepas kejadian itu, ketakutan dan kegelisahan melanda keluarga ini apabila tiga anak perempuannya berhadapan dengan penampakan wanita misteri di jalan dari rumah ke sekolah. Keadaan semakin tegang apabila salah seorang anak perempuan, Yam, jatuh sakit dengan gejala yang aneh. Bunyi seram yang didengari oleh Yad di tengah malam menambahkan lagi ketegangan. Dalam situasi yang semakin mencengkam, Yak, yang merupakan bekas askar dan abang sulung yang berani, pulang ke rumah untuk mencari jalan penyelesaian bagi semua masalah yang menghantui keluarganya, sekaligus menyelamatkan adik perempuannya daripada ancaman yang tak terlihat.

       

Genre: Seram, Thriller

Platform Online: Netflix

        

The Medium (2021)

movie seram 83547

Sinopsis

Keluarga seorang dukun di kawasan Isan Thailand dihadapkan dengan kisah yang menakutkan mengenai warisan kepercayaan mereka yang tersendiri. Mereka percaya bahawa salah seorang daripada mereka dianggap sebagai medium bagi roh dewi Ba Yan. Nim, seorang dukun tempatan, yakin dia mewakili roh dewi yang baik hati itu, namun semuanya berubah apabila anak saudaranya, Mink, menunjukkan tanda-tanda kebangkitan yang tidak boleh dilihat. Nim percaya bahawa Mink akan menjadi pembawa baru dewi dan mewarisi peranan yang mencabar sebagai medium. Namun, insiden aneh yang melanda Mink mula menggugat kepercayaan komuniti dan Nim terpaksa mencari jawapan yang lebih dalam tentang kegelapan yang menguasai mereka.

        

Genre: Seram, Mockumentary

Platform Online: Apple TV

        

Home For Rent (2023)

cerita hantu 95474

Sinopsis

Pasangan suami isteri, Ning dan Kawin, bersama anak perempuan mereka, Ing, memutuskan untuk menyewakan rumah mereka kepada Ratree, seorang doktor yang bersara dan anak perempuannya, Nuch. Semuanya nampak baik-baik sahaja pada awalnya, namun perkara mula berubah apabila Kawin menunjukkan tingkah laku yang aneh, termasuk menghilangkan diri pada jam 4 pagi serta memiliki tatu berbentuk segitiga, persis seperti Nuch. Ning semakin curiga apabila dia menyedari bahawa anak perempuannya, Ing, mungkin menjadi mangsa kuasa gelap. Ning terpaksa berdepan dengan ancaman ini demi melindungi keluarganya daripada bahaya yang mula menggugat kehidupan mereka.

        

Genre: Seram, Thriller

Platform Online: Netflix

        

The Promise (2017)

cerita hantu seram 65417

Sinopsis

Ib dan Boum, berjanji untuk mengakhiri hidup mereka bersama semasa krisis kewangan Asia pada tahun 1997. Namun, apabila tiba masanya, hanya Ib yang menepati janji itu sementara Boum mengubah fikiran pada saat akhir. Lebih dari dua dekad kemudian, Boum kembali ke bangunan itu bersama anak perempuannya, Bell. Di sana, roh Ib, yang masih terikat dengan janji yang diingkari, muncul untuk menghantui Boum dan Bell.

        

Genre: Seram, Thriller

        

407 Dark Flight (2012)

movie seram thailand 56474

Sinopsis

Sepuluh tahun lalu, pramugari New menjadi satu-satunya yang terselamat dalam tragedi penerbangan SA-407 yang maut. Kini, dalam penerbangan yang serupa, dia terperangkap dalam pesawat yang sama yang telah dibaiki dan dicat semula. New mengalami perasaan Deja vu yang menggangu, menyedari bahawa dia berada dalam pesawat yang pernah terhempas itu. Dalam penerbangan kali ini, penumpang mula mati satu persatu dan New mendapat tahu bahawa roh-roh jahat kembali menguasai pesawat berkenaan, menuntut nyawa mereka.

        

Genre: Seram

        

Coming Soon (2008)

movie hantu seram 54874

Sinopsis

Seorang pekerja pawagam terjebak dalam situasi aneh selepas menemui filem seram yang memaparkan seorang wanita menggantung diri. Filem itu membawa ketakutan kepadanya, terutama selepas dia mencetak rompaknya untuk kepentingan peribadi. Gangguan hantu dan peristiwa misteri menghantui kehidupannya, memaksa dia untuk berdepan kengerian yang seolah-olah melonjak keluar dari skrin pawagam ke dalam kehidupannya yang sebenar.

        

Genre: Seram

Platform Online: Apple TV

        

Inhuman Kiss / Sang Krasue (2019)

cerita seram netflix 57489

Sinopsis

Seorang gadis remaja, Sai, yang naif, tidak mengetahui bahawa dia telah mewarisi sumpahan "Krasue", menjadikan dirinya sebagai medium bagi hantu yang menimbulkan kekacauan di kampungnya pada waktu malam. Kepalanya akan terlepas dari tubuhnya untuk mencari daging dan darah. Dia lantas menjadi buruan dalam misi mengesan Krasue yang dilakukan oleh penduduk kampung.

        

Genre: Seram, Romantik

Platform Online: Netflix

        

Cracked (2022)

cerita seram indonesia 59213

Sinopsis

Ruja dan anak perempuannya, Rachel, kembali ke rumah peninggalan mendiang bapanya. Anak kepada sahabat bapanya, Tim, datang untuk membaiki lukisan-lukisan peninggalan yang sebelum ini dimiliki oleh bapa Ruja. Namun, mereka tidak menyedari bahawa lukisan-lukisan tersebut menyimpan rahsia gelap yang menakutkan. Dalam usaha untuk merungkai misteri di sebalik lukisan-lukisan itu, mereka terjerumus dalam kengerian yang tidak dijangka.

         

Genre: Seram, Misteri, Thriller

Platform Online: Apple TV

        

The Undertaker (2023)

movie hantu 59847

Sinopsis

Kisah ini bermula dengan Siang yang bersedih atas kematian bekas kekasihnya, Baikhao. Siang berasa bersalah kerana meninggalkan Baikhao untuk mengejar kehidupan sebagai seorang sami. Sementara itu, Joed, seorang pemuda yang menuntut dalam bidang undang-undang, tiba di kampung halamannya. Bapanya, Sak, yang merupakan seorang pengurus jenazah, sedang mengalami masalah kesihatan. Sak memerlukan seseorang untuk menggantikan tugasnya sebagai pengurus jenazah dan Joed, meskipun dikenal sebagai seorang yang penakut, dipilih untuk mengambil alih tugas itu.

         

Genre: Seram, Komedi

        

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)