Oleh pada 29 Nov 2022 kategori

Mencari filem seram terbaik di Netflix? Artikel ini menyenaraikan filem paling menakutkan yang terdapat pada platform penstriman itu.

Bukan setakat filem seram yang ada hantu atau raksasa, yang mana menghantui dan menyeksa watak utama, kami turut sertakan beberapa filem yang tidak bergantung kepada entiti seram dan roh jahat, sebaliknya ceritanya dipenuhi dengan kisah yang menakutkan, padat dengan gangguan psikologi dan ketegangan.

Yang pasti, filem-filem ini masih tersedia melalui perkhidmatan penstriman itu sekarang, jadi sebelum ia meninggalkan perpustakaannya, kami mengesyorkan anda menontonnya segera.

Berikut ialah judul-judul filem seram untuk anda nikmati malam ini berserta dengan sinopsisnya.

Senarai 10 Filem Cerita Seram Hollywood Di Netflix, Paling 'Berhantu'!

Cloverfield (2008)

filem seram 733

Sekumpulan rakan yang berpesta menghadapi malam paling menakutkan dalam hidup mereka, apabila raksasa misteri melancarkan serangan ke atas New York City. Mereka bermati-matian cuba menyelamatkan rakan salah seorang yang terperangkap di dalam apartmennya.

Unfriended (2014)

filem hantu 614

Semasa sesi bual video dalam talian, sekumpulan rakan dihubungi oleh seseorang yang tidak dikenali melalui akaun media sosial sahabat mereka yang telah meninggal dunia. Mereka sedar mereka dihantui oleh kuasa ghaib misteri apabila kejadian aneh mula berlaku di rumah mereka yang menjadikan mereka sasaran dalam sebuah agenda maut.

Wish Upon (2017)

cerita hantu 691

Seorang remaja bermasalah mendapati sebuah kotak muzik berhantu mempunyai keupayaan untuk memenuhi tujuh permintaannya. Tetapi dia segera menyedari bahawa ada harga yang perlu dibayar apabila setiap hajat yang dikabulkan menyebabkan orang yang terdekat dengannya mati satu demi satu.

The Vanishing (2018)

movie netflix

Tiga penjaga rumah api tiba di sebuah pulau tidak berpenghuni di luar pantai Scotland di mana mereka menjumpai emas tersembunyi di dalam sebuah bot. Apabila masing-masing dikuasai kerakusan, ia menjadi satu perjuangan untuk hidup sebelum mereka hilang tanpa jejak.

Prisoners (2013)

cerita seram 518

Kehilangan anak perempuannya menyebabkan seorang bapa terdesak untuk mencari penculik yang bertanggungjawab, dan walaupun tindakannya membawanya lebih dekat kepada kebenaran, dia juga membahayakan nyawanya sendiri.

The Boy (2016)

cerita hantu seram 133

Seorang wanita mengambil pekerjaan sebagai pengasuh untuk anak pasangan kaya yang tinggal di rumah yang besar dan luas. Dia terkejut apabila mengetahui bahawa budak lelaki itu, Brahms, sebenarnya adalah anak patung porselin, yang dilayan oleh pasangan itu seperti manusia.

Apabila dia melanggar senarai peraturan yang ketat tentang cara mengendalikan anak patung itu, peristiwa aneh dan mengganggu mula berlaku.

The Visit (2015)

netflix movies

Kisah seram dua adik beradik yang dihantar untuk tinggal seminggu di rumah datuk dan nenek mereka. Mereka mendapati bahawa datuk dan nenek mereka berkelakuan pelik, dan apabila menemui satu rahsia yang mengejutkan, ia menjadikan lawatan itu sebagai pengalaman yang paling menakutkan.

The Woman In The Window (2021)

hantu seram 537

Dr. Anna Fox yang menghidap agoraphobia yakin bahawa jirannya yang tinggal di seberang jalan sedang melakukan jenayah. Dia menghabiskan hari-harinya mengintip dan cuba menyelesaikan jenayah yang dia saksikan dari tingkapnya.

Hush (2016)

filem hantu paling seram 402

Seorang wanita pekak yang tinggal bersendirian menjadi cemas apabila diintai oleh pembunuh bertopeng yang muncul di tingkap. Apabila pembunuh misteri itu mengancamnya, dia terpaksa bertarung untuk hidup.

Knowing (2009)

movie hantu 37

John menemui kertas aneh yang mengandungi kod rahsia yang menyenaraikan setiap bencana besar termasuk ramalan tiga malapetaka dunia pada masa hadapan, membawanya cuba menghalang rantaian peristiwa yang bakal berlaku.

        

Baca: 10 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

Baca: 12 Filem Seram Netflix Malaysia Paling Berhantu - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: Paling Berhantu! 9 Filem, Drama Seram Terbaru Mesti Tonton

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 10 Filem Seram Terbaru Paling 'Berhantu' - Cabar Diri Anda Tonton!

Kredit video: The Best Horror Movies On Netflix | Netflix




Hakcipta iluminasi.com (2017)