Oleh pada 16 Jan 2023 kategori

Sejak kebelakangan ini, filem dan drama lokal semakin mendapat perhatian penonton tempatan.

Dan dalam kebanyakan genre, naskhah seram adalah jenis yang paling digemari oleh rakyat Malaysia.

      

cerita seram 443

    

Seiring lambakan karya berunsurkan ini yang menerima perhatian ramai, penulis ingin berkongsi dengan anda senarai lapan filem dan drama seram Malaysia terbaru yang boleh anda nikmati.

      

8 Filem, Drama Seram Malaysia Terkini (2022 / 2023) Berserta Sinopsis

   

Filem Eva (2023)

movie seram 186

Sinopsis

Eva seorang peguam mempamerkan dua personaliti berbeza iaitu Amy, seorang pakar forensik, dan Mike, seorang pembunuh. Ia menjelaskan bahawa Eva mengalami trauma yang teruk ketika dia masih kecil. Anak lelaki Eva cuba memahami dan membantu ibunya tetapi apabila Eva beralih kepada personaliti gantinya, Mike, apa-apa tindakan yang dilakukannya meletakkan semua orang dalam bahaya.

Genre: Thriller

Pelakon: Nadia Aqilah, Nadia Brian, Shamsul Danish

Pengarah: Suhaiza Aziz

Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023

Filem Hani (2022)

filem hantu 116

Sinopsis

Sekembalinya ke Malaysia, Hani, seorang pelukis komik manga junior di Jepun, terjerat dalam dunia realiti dan fantasi selepas menerima tugasan daripada bosnya untuk isu komik manga baharu — berkaitan patung sumpahan yang bernama "Patung Ishikaori".

Genre: Seram Fantasi

Pelakon: Shasha Abedul, Cat Farish, Nor Albaniah, Qul Iskandar Farish

Pengarah: Fazli Yasin

Tarikh Tayangan: 15 Disember 2022

Filem Hantu Tenggek (2022)

filem 2022 432

Sinopsis

Kumpulan AUTAA (Aishah, Usop, Tariq, Ali, Ana) merupakan sebuah geng pemburu mistik palsu yang sering dipanggil oleh penduduk kampung yang menganggap kawasan mereka berhantu.

Akhirnya, satu demi satu kejadian seram berlaku kepada AUTAA apabila mereka dipaksa mengambil satu kes sebagai balasan selepas aktiviti mereka terdedah.

Genre: Komedi, Seram

Pelakon: Sharif Zero, Danial Zaini, Saiful Zero, Siti Khadijah Abdul Halim, Saiful Apek, Yassin Senario

Pengarah: Abdul Razak Mohaideen

Tarikh Tayangan: 22 Disember 2022

Filem Escape (2023)

filem best 783

Sinopsis

Adam yang mengalami amnesia telah dikurung dalam bilik misteri oleh pihak berkuasa yang menuduhnya sebagai pengganas. Dia yang tidak ingat apa-apa, hanya akan dibebaskan jika mendedahkan lokasi cip peranti senjata yang diseludupnya.

Keadaan menjadi rumit apabila dia mendapat tahu bahawa orang yang mengurungnya bukanlah pihak berkuasa, sebaliknya kumpulan pengganas yang mahu lokasi cip senjata itu bagi melancarkan agenda jahat mereka.

Genre: Cerebral thriller

Pelakon: Kamal Adli, Elizabeth Tan, Amar Asyraf, Pablo Amirul

Pengarah: Ikhwansha Hazer

Tarikh Tayangan: 5 Januari 2023

Filem Zaara (2022)

cerita hantu 233

Sinopsis

Remy yang menggemari perlumbaan kereta, mempunyai keluarga dan rakan yang penyayang. Walaupun memiliki rupa paras yang menarik dan sifat kelakar, dia yang baru berusia 20-an mempunyai masalah pelik iaitu takut kepada hantu hingga tidak berani keluar malam. Tidur juga bertemankan ibu dan ayahnya.

Ketika Remy terserempak dengan Maya di sebuah pameran kereta, dia meminta bantuan Budi untuk memperkenalkannya kepada Maya, tetapi terpaksa merahsiakan masalahnya kerana malu jika Maya mengetahuinya.

Genre: Seram, Thriller

Pelakon: Kamal Adli, Atikah Suhaimie, Syaiful Zero, Datuk AC Mizal

Pengarah: Roy

Tarikh Tayangan: 29 Disember 2022

       

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Zaara (2022)

      

Drama Berepisod Hilang (2022)

filem terbaru 179

Sinopsis

Apabila seorang remaja perempuan dibunuh di Seri Daik, Inspektor Munir pulang ke kampung halamannya untuk menyiasat kes itu bagi membantu mencari jawapan.

Yusof, seorang guru agama dianggap Munir sebagai punca kematian adiknya walaupun Yusof percaya pelakunya bukan dari dunia ini.

Apabila seorang lagi remaja hilang secara misteri, Munir dan Yusof terpaksa bekerjasama untuk merungkai kejahatan yang melanda pekan itu.

Genre: Misteri Thriller

Pelakon: Siti Saleha, Aqasha, Jasmine Suraya, Khir Rahman

Pengarah: Ghaz Abu Bakar, Sein Qudsi

Tarikh Tayangan: 17 November 2022

Platform Tayangan: Viu

Drama Berepisod Obsesi Dia (2023)

filem seram malaysia 241

Sinopsis

Affiyah secara tidak sengaja menyaksikan satu pembunuhan dan akibatnya, dia menjadi buruan seorang lelaki berhudi.

Lebih banyak pembunuhan mula berlaku. Seorang demi seorang insan tersayang Affiyah menjadi mangsa.

Untuk melindungi Affiyah yang dalam bahaya, abang Affiyah menukar identiti Affiyah kepada Alliyah.

Genre: Psiko Thriller

Pelakon: Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim

Pengarah: Eoon Shuhaini

Tarikh Tayangan: 5 Julai 2023

Platform Tayangan: Slot Samarinda TV3, Tonton

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Obsesi Dia (Slot Samarinda TV3)

         

Liar The Series (2023)

filem melayu 61

Sinopsis

Guru sekolah, Lara Sulaiman menuduh pakar bedah, Aiman ​​​​Yusuf merogolnya ketika mereka keluar untuk bertemu janji. Namun Aiman, duda kematian isteri itu menafikannya dengan mendakwa hanya membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang ke rumah dengan selamat. Siapakah yang bercakap benar?

Pertemuan mereka mengubah kehidupan bersama rakan dan keluarga apabila suatu rahsia dan pembohongan terbongkar.

Genre: Misteri, Thriller

Pelakon: Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Nadiya Nisaa, Aniq Suhair

Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution

Tarikh Tayangan: Mulai 25 Mac 2023 (Astro Go), 3 April 2023 (Astro Ria)

Platform Tayangan: Astro Go, Astro Ria

       

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Liar Malaysia (Astro Original Series)

       

Baca: 10 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023), Mesti Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!




Hakcipta iluminasi.com (2017)