Oleh pada 02 Apr 2023 kategori

   

Genre seram sememangnya menjadi pilihan popular di kalangan peminat filem dan drama tempatan.

   

movie hantu 392

Babak dalam filem Harum Malam. Kredit foto: Instagram Idan Aedan

Makna seram itu sendiri agak subjektif dan dapat dikaitkan dengan pelbagai genre seperti thriller, misteri, psikologi dan sains fiksyen.

   

filem melayu 2023 880

Kredit foto: Instagram Telaga Suriram

Senarai lapan filem dan drama cadangan penulis ini mempunyai unsur seram yang datang dari pelbagai genre yang sesuai untuk tontonan peminat karya seram sepanjang tahun 2023.

   

8 Filem, Drama Seram Malaysia Terkini (2023) - Mesti Tonton!

   

Nenek Bongkok Tiga (Siri TV)

movie seram 64

Kredit foto: Instagram Viu Malaysia

Siri baharu keluaran Viu ini menceritakan tentang lapan individu yang tiba-tiba terjaga di sebuah rumah agam yang dihuni oleh seorang nenek bongkok tua dan menjadi tebusan. Untuk dapat keluar daripada penjara dimensi tersebut dan kembali ke dunia mereka, mereka perlu menyelesaikan serangkaian permainan yang diciptakan dengan cabaran yang mencurigakan, di hutan Bukit Luruh yang terkenal dengan kisah orang hilang.

      

Tarikh Tayangan: Mulai 9 Februari 2023

Platform Online: Viu

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Nenek Bongkok Tiga

   

Filem Harum Malam

cerita hantu 511

Kredit foto: Instagram Harum Malam

   

Harum Malam mengetengahkan kisah Iqbal, seorang remaja yang lahir dengan anugerah deria keenam, menjadi pelatih perubatan tradisional yang berusaha untuk melindungi keluarganya daripada ancaman makhluk halus - meskipun dihantui oleh gangguan syaitan dan sering dihadapkan pada realiti yang sukar dibezakan dengan dunia ghaib.

   

Tarikh Tayangan: 9 Februari 2023

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Filem Harum Malam

   

Alter-naratif (Siri TV)

filem seram malaysia 474

Kredit foto: Instagram Am Izham

Drama sains fiksyen psikologi yang mendebarkan berkisar tentang syarikat Electric Dust Agency dan inovasi terbaru mereka dalam memanipulasi ingatan manusia. Teknologi ini digunakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mel Isa, untuk membantu mangsa trauma memadam ingatan dan menggantikannya dengan kenangan tiruan. Namun, selepas Mel pitam, dia mula meragui kenangan dan identitinya sendiri. Dia tidak tahu siapa yang dapat dipercayainya sekarang.

   

Tarikh Tayangan: Akan datang

Platform Online: Viu

   

Drama Berepisod Serpihan Sayang

cerita seram 178

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Kisah Nadia tentang pengalaman pahitnya mengalami penyakit postpartum psikosis selepas kehilangan anak dalam kandungan akibat kemalangan. Selepas berjuang untuk pulih daripada penyakitnya, Nadia dan suaminya, Syakir, serta adiknya, Alisya, menerima kedatangan Imran, abang kandung Syakir yang telah terpisah selama 20 tahun. Tetapi kehadiran Imran di rumah mereka membawa pelbagai kejadian aneh dan tak terduga.

   

Tarikh Tayangan: Mulai 22 Februari 2023

Platform Tayangan: Slot Samarinda di TV3, iQiyi

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Serpihan Sayang

   

Filem Sumpahan Malam Raya

filem melayu 961

Kredit foto: Instagram Veedu Production

Komedi seram mengisahkan tentang Syawal, Tania, Adam dan Misha yang menjalankan homestay berhantu bernama Motel Singgahsini. Namun, semasa mempersiapkan untuk sambutan Hari Raya, mereka telah terlibat dalam pelbagai kejadian pelik dan aneh. Kejadian-kejadian ini memaksa mereka untuk mengupas sejarah di sebalik Motel Singgahsini dan cuba merungkaikan misteri yang tersembunyi selama 30 tahun pada 1 Syawal.

   

Tarikh Tayangan: 22 April 2023

   

Filem Telaga Suriram

movie seram melayu

Kredit foto: Instagram Telaga Suriram

   

Telaga Suriram membawakan kisah Suriram, seorang kanak-kanak yang hilang secara tiba-tiba dan misteri, menjadi buah mulut penduduk di kampung yang percaya bahawa dia telah menjadi mangsa saka dan unsur mistik. Karmila, seorang pegawai penyiasat, dan Zakir, seorang bakal pemimpin muda, berusaha untuk memecahkan misteri ini dan mencari keadilan bagi pihak Suriram.

Tarikh Tayangan: Akan datang

   

Filem Rahsia

filem seram melayu

Kredit foto: Instagram Aloy Paradoks

Sebuah filem 'reboot' yang dihasilkan semula dari filem seram Malaysia pada tahun 1987 yang mempunyai tajuk yang sama. Dalam versi yang terdahulu, ceritanya mengisahkan pasangan suami isteri yang diganggu oleh entiti aneh selepas anak mereka meninggal dunia dalam tragedi lemas, di sebuah banglo yang baru mereka diami.

Tarikh Tayangan: Akan datang

Drama Berepisod Malam Zulaika

filem malaysia 413

Kredit foto: Instagram Hafiz Taharim

Malam Zulaika adalah sebuah siri seram yang akan menemui penonton di saluran TV3 tidak lama lagi. Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Adam Lee, Sweet Qismina, Maria Farida, Fiza Thomas, Amyza Aznan dan ramai lagi.

*Sinopsis akan dikemaskini apabila tersedia.

Tarikh Tayangan: Akan datang

Platform Tayangan: Slot Samarinda di TV3

      

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru, Boleh Tonton Secara Online!

Baca: Paling Berhantu! 9 Filem, Drama Seram Terbaru Mesti Tonton

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2022 / 2023), Mesti Tonton!




Hakcipta iluminasi.com (2017)