Oleh pada 16 Mar 2024 kategori

        

Tidak dapat disangkal bahawa naskhah berunsur seram masih kekal sebagai pilihan utama penonton, sama ada di pawagam atau di depan kaca TV di rumah.

         

cerita hantu 57965

Kredit foto: Instagram Yasmin Hani

       

Ia bukan sahaja menjadi pilihan popular di kalangan penonton, namun juga memberi peluang kepada syarikat-syarikat produksi untuk menghasilkan lebih banyak karya seram.

         

filem seram malaysia 92764

Kredit foto: Instagram D Alpha Legacy (M) Sdn Bhd

        

Jika anda merasakan diri anda sedang mencari pengalaman yang menakutkan dan ingin merasai detak jantung yang laju, kami cadangkan 10 naskhah seram tahun 2024 yang menawarkan variasi genre yang menarik ini.

         

Korsakoff

filem melayu 2024 29765

Pelakon: Elly Ariffin, Erra Fazira, Azhan Rani, Iqram Dinzly, Ning Baizura

Format: Filem (Astro First)

Tarikh Tayangan: 14 Mac 2024

Platform Online: Astro Go (Melalui langganan Astro First)

         

Sinopsis

Filem psikologi thriller ini mengisahkan tentang Jelita, seorang wanita yang mengalami amnesia selepas kemalangan traumatik. Terjaga di hospital, dia didatangi oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai suaminya. Dalam keadaan trauma dan hampir kehilangan ingatan, Jelita cuba pulih dan menyesuaikan diri dalam rumah yang dianggap miliknya. Dia berdepan ibu mentuanya yang panas baran dan cuba menyelesaikan misteri kelibat yang kerap muncul. Tanpa dia sedar, terdapat agenda tersembunyi di sebalik kemalangan tersebut.

         

Perempuan Ilmu Hitam

seram 36651

Pelakon: Siti Hariesa, Chacha Maembong, Fify Azmi, Nazim Othman, Zaki Azeman, Syazwan Zulkifly, Ashraf Muslim

Format: Siri TV

Tarikh Tayangan: Mulai 29 Februari 2024

Platform Online: Tonton

         

Sinopsis

Kisah penuh ketegangan yang dihadapi oleh Sara, Lisa dan Afifah, yang bersatu hati untuk mendapatkan keadilan dan balas dendam dengan menggunakan ilmu hitam. Amalan rasuah menyebabkan tiga lelaki dari keluarga korporat yang ternama di Malaysia terlepas dari hukuman setelah mempergunakan mereka sebagai pemuas nafsu. Di lubuk hati, tumbuh dendam yang gelap dalam jiwa ketiga-tiga gadis ini akibat rasa dikhianati.

         

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Perempuan Ilmu Hitam (Tonton)

        

Langgar Pantang

cerita hantu paling seram 26697

Pelakon: Nadiya Nisaa, Amar Baharin, Nuremy Ramli

Format: Telefilem

Tarikh Tayangan: 12 Januari 2024

Saluran: Astro Ria

Platform Online: Astro Go, Sooka

         

Sinopsis

Telefilem ini menumpukan kepada watak Elis yang menolak hakikat bahawa dia mengalami keguguran. Semasa dia berpantang mengikut tradisi Melayu, pembantunya sering diganggu oleh entiti ghaib. Keadaan makin rumit apabila pembantunya secara tidak sengaja mendedahkan rahsia Elis - bahawa dia seorang ahli sihir.

        

Mati Hidup Balik

drama seram 79967 321

Pelakon: Faizal Hussein, Fiza Thomas, Usop Wilcha, Jiha Sham, Sahronizam

Format: Telefilem    

Tarikh Tayangan: 19 Januari 2024

Saluran: Astro Ria

Platform Online: Astro Go, Sooka

         

Sinopsis

Dalam "Mati Hidup Balik", cerita bermula dengan kematian Tok Ayah yang mendedahkan amalan-amalan tersembunyi yang pernah dilakukannya. Kebolehan ilmu kebal yang dimiliki oleh Tok Ayah mengakibatkan dia hidup semula berkali-kali, menghantui kehidupan ahli keluarganya. Tekanan terhadap situasi itu mendorong Sara, anaknya, untuk memaksa Tok Ayah melepaskan perjanjian dengan jin dan saka yang dimilikinya. Walau bagaimanapun, masih ada rahsia yang belum terungkai dan tindakan tertentu perlu diambil untuk memastikan Tok Ayah benar-benar mati.

        

Hentian Gerik

cerita seram malaysia 52928

Pelakon: Namie Smy, Shashic Iewan, Raden Zaharatul, Said Prono

Format: Telefilem

Tarikh Tayangan: 20 Januari 2024

Saluran: Astro Warna

Platform Online: Astro Go, Sooka

        

Sinopsis

Telefilem seram komedi ini berkisahkan mengenai dua rakan yang berkunjung ke Hentian Gerik untuk menjual barang bundle, namun terjerat dengan insiden misteri yang menakutkan. Dua pemuda ini diusik oleh makhluk ghaib dari zaman kanak-kanak mereka. Rahsiapun terbongkar satu persatu dan sepanjang malam mereka dihantui oleh kewujudan jelmaan seorang pakcik, yang pada masa yang sama mendedahkan kisah tersembunyi di waktu lampau mereka.

         

Gemersik Berbisik

cerita seram 19954

Pelakon: Elisya Sandha, Ahmad Ezzrin Loy, Wan Zarul Imran, Fazlina Ahmad Daud, Yasmin Hani, Zarina Zainoordin

Format: Siri TV

Tarikh Tayangan: Mulai 19 Januari 2024

Saluran: Degup (Unifi TV)

Platform Online: Unifi TV

         

Sinopsis

Dalam siri drama seram mistik ini, dua pelajar kolej, Tasya dan Kimi, sedang menjalankan projek akhir untuk mengkaji lagu-lagu rakyat seperti Jong Jong Inai, Ulek Mayang, Tepuk Amai Amai dan Buai Laju-Laju. Mereka berjumpa dengan Daniel yang turut mengikuti perjalanan ke Terengganu dalam usaha mencari keluarganya.

Ketika mereka sedang melakukan kajian, mereka mula diganggu oleh makhluk halus yang rupanya berkait rapat dengan kisah-kisah tersirat di sebalik lagu-lagu itu. Dengan terlibat dalam merungkai misteri ini, mereka terperangkap dalam situasi yang semakin mengerikan.

        

Abnormal: Buas

movie seram 15158

Pelakon: Aeril Zafrel, Shaheizy Sam, Nabila Huda, Adlin Aman Ramlie

Format: Filem

Tarikh Tayangan Di Pawagam: 20 Jun 2024

       

Sinopsis

Filem thriller ini mengisahkan tentang sindiket gelap yang terlibat dalam pembangunan program manusia super untuk menjadikan mereka sebagai perisik dan pembunuh mereka. Seorang daripada manusia super itu berjaya melarikan diri dan mencari perlindungan di rumah sebuah keluarga. Tiga perompak menjadikan keadaan huru-hara apabila mereka memecah masuk ke dalam rumah tersebut.

        

Pemburu Saka

cerita seram melayu 13148

Kredit foto: Instagram Mache All Star United Sdn Bhd

        

Pelakon: Sufian Suhaimi, Arena Wan, Nabila Huda

Format: Filem (Original Tonton)

Tarikh Tayangan: 27 Mac 2024

Platform Online: Tonton

        

*Sinopsis akan dikemaskini

                  

Saka Perawan

filem seram 81256

Kredit foto: Instagram Jamal Mohd

         

Pelakon: Sophia Albarakbah, Afieq Syazwan, Nelissa Nizam, Yassin Senario, Man Raja Lawak

Format: Filem

Tarikh Tayangan Di Pawagam: 27 Jun 2024

         

*Sinopsis akan dikemaskini

         

Khawarij

filem malaysia 88285

Khawarij merupakan filem seram arahan terbaru Syamsul Yusof. Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof

       

Pelakon: Belum didedahkan

Format: Filem

Tarikh Tayangan Di Pawagam: 2024

          

*Sinopsis akan dikemaskini

        

Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Melayu Terbaru & 'Best' (2023 / 2024), Mesti Tonton!

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)