Oleh pada 26 Dec 2023 kategori

Kredit foto: Instagram D' Ayu Pictures SB , Instagram Fasha Sandha , Instagram Ali Reza Kavoossi , Instagram @tepets_life

        

Meneruskan tradisi penghasilan naskhah seram, penggiat seni tempatan terus menghidupkan filem dan drama seram dengan karya-karya terbaru.

            

filem melayu 21884

Kredit foto: Instagram Fasha Sandha

        

Antaranya merangkumi psiko-thriller, misteri, seram komedi dan seram Islamik dihasilkan bagi memenuhi selera peminat cerita seram.

         

filem malaysia 63417

Kredit foto: Instagram D' Ayu Pictures SB

         

Bagi kali ini, Iluminasi mengemukakan senarai 10 karya dalam genre seram yang telah berjaya menggugah minat penonton sepanjang tahun 2023, termasuk yang bakal tiba pada 2024.

           

Anak Perjanjian Syaitan 2

filem melayu 2024 36251

       

Pelakon: Eyka Farhana, Alif Satar, Fasha Sandha

Tarikh Tayangan Di Pawagam: 4 Januari 2023

       

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Azlinda yang kerap kali berhadapan dengan gangguan mistik sejak usia kecilnya. Sungguhpun sudah didiagnosis secara perubatan menghidap "anxiety disorder", keyakinannya tidak goyah mengatakan bahawa gangguan yang menimpanya berkait erat dengan sejarah kelam ibu bapanya. Menentang untuk hidup dalam kegelapan sepanjang hayat, Azlinda menjejak salasilah keturunannya dengan tekad untuk menentang perjanjian malapetaka yang mengalir dalam darah dagingnya.

        

Baca: Info Penuh, Sinopsis, Kutipan Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 (2024)

        

Banglo Seksyen 12

kisah hantu paling seram 46982

Kredit foto: Instagram @tepets_life

        

Pelakon: Aniq Suhair, Hariz Hamdan, Silfeny Osman, Mustaqim Bahadon, Faez Malek

Tarikh Tayangan Di Pawagam: 25 Januari 2024

       

Sinopsis

Mengikuti tragedi pembunuhan enam remaja di sebuah banglo terbengkalai 15 tahun yang lalu, enam rakan kini berperanan sebagai pencipta konten yang menghoskan video YouTube berkaitan dengan aktiviti paranormal. Namun, semasa mereka cuba merakam keadaan di dalam banglo tersebut, satu tragedi hampir serupa dengan kejadian pembunuhan lampau berlaku.

Filem adaptasi daripada novel bertajuk sama hasil karya Hasrudi Jawawi ini memaparkan kaitan dengan misteri di Banglo Seksyen 12, yang bukanlah sesuatu yang asing di kalangan penduduk Shah Alam.

          

Telaga Suriram

filem terbaru 96417

Kredit foto: Instagram Nabila Huda

       

Pelakon: Maya Karin, Farid Kamil, Nabila Huda, Scha Alyahya, Ellie Suriaty Omar

Tarikh Tayangan: 2024

         

Sinopsis

Kejadian hilangnya secara misteri seorang kanak-kanak bernama Suriram menjadi tumpuan utama dalam perbualan hangat di sebuah kampung. Mereka meyakini bahawa dirinya adalah mangsa saka yang terlibat dengan unsur-unsur mistik.

Kes itu kemudian menarik perhatian seorang pegawai penyiasat dan Zakir, seorang bakal pemimpin muda, bekerjasama untuk mengungkap misteri serta mencari keadilan bagi pihak Suriram.

          

Adam Bukan Adam (Siri TV)

hantu seram 55784

        

Pelakon: Tiz Zaqyah, Dzul Hadziq, Aidit Noh, Atikah Suhaime, Haidar Hasanudin

Tarikh Tayangan: 2 November 2023

Saluran: Astro Ria HD (104)

Platform online: Astro Go, Sooka

         

Sinopsis

Adam, seorang kanak-kanak berusia lima tahun, merupakan anak kepada Raof dan Anita. Namun begitu, roh yang tak tenang tinggal dalam dirinya, ingin menyampaikan sesuatu melalui jasadnya.

Sebagai pemilik tubuh, Adam terpaksa menghadapi perubahan yang berbeza-beza dari karakter seorang budak ke karakter dewasa. Apabila dia menceritakan pengalaman ditolak dari tebing dan terjatuh hingga mati kepada ibunya, perasaan kebimbangan pun mula timbul, terutamanya apabila dia menguraikan peristiwa tersebut dengan lebih terperinci.

         

Kum (Filem Original Tonton)

movie seram 63554

        

Pelakon: Putri Hanan, Beto Kusyairy, Aman Graseka

Tarikh Tayangan: 29 November 2023

Platform online: Tonton

        

Sinopsis

Kisah Hantu Kum muncul sebagai cerita menakutkan dan menjadi tajuk perbualan hangat di Malaysia pada era 90-an. Mengisahkan Mawar, yang rupa parasnya cacat, berikhtiar membalas dendam kepada mereka yang merosakkan rumah tangga ibu bapanya. Setelah menimba ilmu daripada dukun, Mawar memiliki wajah yang menawan, namun sebagai pertukaran, dia diarahkan untuk mencabut nyawa 44 gadis serta menghisap darah mereka.

         

Tanah Kubur Musim 16 (Siri TV)

cerita seram 14721

       

Pelakon: Nasir Bilal Khan, Hamidah Wahab, Shahir Aniq

Tarikh Tayangan: 11 Ogos 2023

Saluran: Astro Oasis HD (106)

Platform online: Astro Go, Sooka

       

Sinopsis

Sambungan kisah penggali kubur kembali untuk musim ke-16 dengan mesej keagamaan yang lebih sarat. Ia memaparkan watak Tok Adi, yang dianggap sebagai tulang belakang masyarakat, yang terlibat dalam menyelesaikan segala masalah berkaitan kematian, telah mengalami pelbagai insiden ketika mengurus jenazah untuk dikubur. Pengalaman sebagai penggali kubur menyisakan 1001 kisah misteri yang mempunyai kaitan dengan kehidupan dan amalan setiap insan ketika masih hidup.

       

Persepsi (Siri TV)

filem best 46982

        

Pelakon: Mimi Lana, Ali Reza Kavoossi, Julia Farhana Marin, Alicia Amin, Fezrul Khan

Tarikh Tayangan: 29 Jun 2023

Saluran: Astro Ria HD (104)

Platform online: Astro Go, Sooka

       

Sinopsis

Persepsi mengisahkan tentang percutian sekumpulan lima bekas rakan sekolah yang berubah menjadi mimpi ngeri tanpa henti. Kegembiraan mereka ketika menghadiri program healing di vila yang tersembunyi di sebuah resort bertukar menjadi keraguan, apabila mereka mengesan kejadian mencurigakan selepas meminum ramuan biru yang aneh dikenali sebagai "Ocean Blue". Mereka terperangkap dalam kejadian-kejadian menakutkan, dan pada masa yang sama, ada seorang yang mengawasi setiap langkah mereka.

         

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Persepsi (Astro Ria)

        

Puaka Cuti Semester (Siri TV)

filem 2023 46638

      

Pelakon: Zaki Azeman, Tracie Sinidol, Aween Ismail, Mark Adam, Ropie

Tarikh Tayangan: 24 Ogos 2023

Platform online: Tonton

       

Sinopsis

Drama seram komedi yang menyorot kehidupan pelajar kolej di asrama, di mana lima sekawan berdepan dengan gangguan mistik di sebuah bangunan kolej. Mereka yang datang dari pelbagai latar belakang, enggan pulang ke kampung halaman semasa cuti semester atas alasan peribadi masing-masing. Lantas diarahkan untuk menetap di dalam asrama kolej yang lama dan berpuaka, dengan gangguan makhluk halus dan hantu seperti pontianak, toyol, dan hantu askar Jepun!

         

Baca: Info Penuh Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester (Tonton)

        

Waruga - Kutukan Ilmu Hitam

filem 2024 84769

Kredit foto: Instagram D' Ayu Pictures SB

        

Pelakon: Zahiril Adzim, Elvina Mohamad, Izzue Islam, Eriza Allya, Ruminah Sidek

Tarikh Tayangan Di Pawagam: 15 Februari 2024

        

Sinopsis

Mengisahkan Rewan, seorang pawang merayu kepada Mbah Usu Lijah untuk hidupkan semula isterinya yang mati ketika mengandung. Mbah Usu menolak, menyebabkan Rewan membunuhnya dan mencuri kitab ilmu hitam. Rewan mengarahkan anaknya, Yamin, meninggalkan kampung. 10 tahun kemudian, selepas kematian Rewan, Yamin dengan isterinya, Ardila, menemui Anom, gadis muda tinggal di rumah lama bapanya. Isteri Yamin resah dengan kehadiran Anom mengenangkan bapa mentuanya seorang pengamal ilmu hitam.

           

Geng Kubur

filem malaysia 2024 57863

Kredit foto: X (Twitter) Gavin Yap

       

Pelakon: Mia Sara Shauki, Lion Chong, Firdaus Sufiyan, Sasidaran

Tarikh Tayangan Di Pawagam: 25 April 2024

        

Sinopsis

Geng Kubur menceritakan kisah empat rakan karib yang memilih kawasan kubur sebagai tempat untuk melepak. Firhan, yang kehilangan ibunya dalam kemalangan sepuluh tahun yang lalu, membawa kawan-kawannya ke tempat kejadian untuk mencari ibunya yang diyakininya masih hidup. Ketika berada di hutan, fikiran mereka telah dimanipulasi dan mereka berdepan dengan pelbagai peristiwa aneh yang menyeramkan.

          

Baca: 10 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2024), Mesti Tonton!

Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

Baca: 8 Filem Melayu Malaysia Terbaru & 'Best' (2023), Wajib Tonton!

Baca: 10 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2023) - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023), Mesti Tonton!

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2022 / 2023), Mesti Tonton!

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)