Oleh pada 02 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Minggu keempat program realiti, Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan penyingkiran dua penyanyi berkumpulan iaitu Indigo dan Eva dalam konsert yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Indigo tampil menerusi persembahan lagu Hidup Dalam Mati dendangan asal Syamel, manakala Eva mendendangkan Kini nyanyian asal Feminin.

Masing-masing hanya mampu berpuas hati dengan markah 55.20% dan 55.00% daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) bersama Jennifer Thompson selaku juri undangan.

Sementara itu, Muss yang mempersembahkan Dan Sebenarnya dipopularkan Yuna Zarai mengungguli persaingan dengan markah 74.60%.

Selebihnya, 10 lagi peserta yang tak kurang hebat ialah Yantzen, Linda Nanuwil, Nomad, Cliff Umar, Oja, Noraniza Idris, Ashira Aziz, Ayu Damit, Aju (Success) dan Rozita Izlyn.

Berikut merupakan senarai markah penuh serta kedudukan kesemua peserta yang terlibat:-

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 5

   

gegar vaganza 2020 minggu 4 2

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Keempat

1. Muss (Dan Sebenarnya) - 74.60%

2. Linda Nanuwil (Kemarin) - 74.40%

3. Noraniza Idris (Saat Ku Idamkan) - 72.00%

4. Yantzen (Malam Ini Kita Punya) - 68.60%

5. Ayu Damit (Jahat) - 68.00%

6. Cliff Umar (Dialah Di Hati) - 63.00%

7. Oja (Kebahagiaan Dalam Perpisahan) - 62.60%

8. Aju Success (Pusara Di Lebuhraya) - 60.60%

9. Rozita Izlyn (Ku Seru) - 59.60%

10. Ashira (Cinta Beralih Arah) - 56.40%

11. Nomad (Rahasia Perempuan) - 56.20%

12. Kumpulan Indigo (Hidup Dalam Mati) - 55.20%

13. Kumpulan Eva (Kini) - 55.00%

   

Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Rozita Izlyn

Anugerah CUCKOO Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) - Aju Success

Segmen Kongsi Rezeki - Penyanyi era 70-an dan bekas penyampai radio, A. Razak Ismail (menerima RM10,000)

   

Lebih lanjut mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

GV7 kelolaan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

    

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 4

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)