Oleh pada 12 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu pertama menjadi malam buat penyanyi Noraniza Idris yang mengungguli persaingan dengan persembahan lagu Dondang Dendang dan Dikir Puteri.

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu meletakkan Mus (May) di tangga kedua menerusi persembahan lagu 'Sendiri' dan 'Biru Mata Hitamku', diikuti Cliff Umar (Projek Pistol) di tempat ketiga dengan 'Wanita Seluruh Dunia'.

Lain-lain penyanyi yang berentap adalah Yantzen, Aju (vokalis kumpulan Success), Ayu Damit, Ashira Aziz, Linda Nanuwil, Oja, Nomad, Haslinda, Rozita Izlyn, kumpulan Indigo dan kumpulan Eva.

Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) sebagai juri tetap, bersama barisan bekas juara Gegar Vaganza selaku juri undangan, memegang mandat untuk mengadili pertandingan.

Kedudukan dan keputusan markah penuh adalah seperti berikut:-

    

gegar vaganza 2020 330

Kredit foto: Instagram Ria X

   

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Pertama

1. Noraniza Idris (Dondang Dendang & Dikir Puteri) - 90.90%

2. Mus (Sendiri & Biru Mata Hitamku) - 84.00%

3. Cliff Umar (Wanita Seluruh Dunia) - 81.00%

4. Kumpulan Eva (Bulan Cinta) - 78.40%

5. Yantzen (Tiada Lagi Aku & Insan) - 75.50%

6. Ayu Damit (Hanya Di Mercu) - 73.50%

7. Haslinda (Sehati Dan Sejiwa) - 72.60%

8. Linda Nanuwil (Jika Kau Kekasih) - 68.70%

9. Ashira (Di Ombak Resah) - 68.20%

10. Nomad (Tetap Menanti Mu) - 65.30%

11. Oja (Dasira) - 61.50%

12. Indigo (Istimewa) - 60.00%

13. Aju Success (Ku Basuh Luka Dengan Air Mata) - 57.90%

14. Rozita Izlyn (Dunia Kita Berbeza) - 55.40%

        

Sementara itu, Linda Nanuwil dipilih sebagai Bintang Cuckoo Healthy pertama GV7.

Untuk butiran mengenai format pemarkahan, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

GV7 yang menggunakan khidmat pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung di saluran Astro Ria pada setiap Ahad, jam 9 malam.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 1

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)