Oleh pada 30 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Penyanyi Yantzen gagal meneruskan persaingan di pentas Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir di minggu kelapan, malam tadi.

Beliau yang mendendangkan Segalanya Ku Terima nyanyian asal Illusi, hanya mampu meraih markah 44.50% hasil penilaian juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim), bersama juri undangan, Datuk Syafinaz Selamat dan Mamat Khalid.

Sementara itu, peringkat suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu menjadi malam buat penyanyi Mus (May) dengan markah tertinggi sebanyak 69.80% menerusi persembahan Seragam Hitam dendangan asal kumpulan Kristal.

Lain-lain peserta yang terlibat termasuk penyanyi Noraniza Idris, Linda Nanuwil, Oja, Ashira Aziz, Cliff Umar dan Ayu Damit.

Berikut dikongsikan senarai penuh markah berserta kedudukan para peserta:-

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 9 - Separuh Akhir

   

gegar vaganza 2020 minggu 8 291

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Kelapan

1. Muss (Seragam Hitam) - 69.80%

2. Linda Nanuwil (Teringin) - 62.20%

3. Ayu Damit (Rahsia Pohon Cemara) - 60.90%

4. Noraniza Idris (Anak Kampung) - 60.60%

5. Oja (Memori Cinta Luka) - 59.60%

6. Ashira (Nur Kasih) - 56.10%

7. Cliff Umar (Pesanan Buat Kekasih) - 55.70%

8. Yantzen (Segalanya Ku Terima) - 44.50%

       

Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi (markah tertinggi) - Muss

Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Yantzen

Anugerah CUCKOO Healthy Home (hastag Twitter terbanyak) - Yantzen

Segmen Kongsi Rezeki - Balu komposer dangdut era 90-an, Allahyarham Ruslan Mamat iaitu Rahmah Ismail (menerima RM10,000)

    

Maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

GV7 siaran Astro Ria, menampilkan gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam.

  

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 8

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)