Oleh pada 26 Oct 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Konsert ketiga program realiti, Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi membuat keputusan untuk tidak menyingkirkan mana-mana peserta.

Sementara itu, penyanyi Ayu Damit diangkat di kedudukan teratas dengan markah 80.60% selepas cemerlang dengan lagu pertaruhan, Senyuman Ragamu dendangan asal Gerhana Ska Cinta dan Radhi OAG.

Pengadilan dilakukan oleh pengarah muzik, Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) selaku juri tetap, bersama penyanyi Datuk Syafinaz Selamat selaku juri jemputan.

Lagi 12 peserta yang memberikan saingan ialah Mus (May), Cliff Umar, Oja, Noraniza Idris, Ashira Aziz, Yantzen, Linda Nanuwil, Nomad, Aju (Success), Rozita Izlyn, kumpulan Eva dan kumpulan Indigo.

Berikut dikongsikan markah dan kedudukan para peserta:-

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 4

    

gegar vaganza 2020 minggu 3 140

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Ketiga

1. Ayu Damit (Senyuman Ragamu) - 80.60%

2. Noraniza Idris (Akan Ku Tunggu) - 73.40%

3. Linda Nanuwil (Akar Dan Bumi) - 70.80%

4. Muss (Syair Laila Majnun) - 69.60%

5. Aju Success (I Love You I Miss You) - 68.80%

6. Nomad (Aku Skandal) - 63.60%

7. Oja (Satu Peluang) - 63.00%

8. Rozita Izlyn (Di Dadaku Ada Kamu) - 60.60%

9. Kumpulan Eva (Hang Pi Mana) - 59.80%

10. Ashira (Penasaran) - 56.20%

11. Cliff Umar (Keroncong Untuk Ana) - 53.40%

12. Indigo (Cinta Abadi) - 50.60%

13. Yantzen (Malam Ini Kita Punya) - 0.00% (Tidak membuat persembahan kerana tidak sihat)

   

Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Oja

Anugerah CUCKOO Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) - Oja

Segmen Kongsi Rezeki - Pelakon veteran Mimi Loma (menerima RM10,000)

   

Untuk maklumat mengenai format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

GV7 yang menggunakan khidmat pengacaraan Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

    

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 3

     




Hakcipta iluminasi.com (2017)