Oleh pada 19 Oct 2020 kategori

   

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Nasib tidak menyebelahi penyanyi Haslinda yang diumumkan sebagai peserta sulung meninggalkan rancangan realiti, Gegar Vaganza 7 (GV7) dalam konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Haslinda mendendangkan Kerana Terluka nyanyian asal Nurul Wahab dan hanya mampu berpuas hati dengan pungutan markah sebanyak 49.70%.

Sementara itu, barisan juri yang terdiri daripada Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) selaku juri tetap, bersama Jay Jay selaku juri jemputan, mengangkat penyanyi Muss (Mus May) menduduki tangga pertama.

Muss mempersembahkan Cinta Kristal yang dipopularkan oleh Rahim Maarof.

Memberikan saingan, 12 lagi peserta di kalangan penyanyi 'otai' iaitu Ayu Damit, Cliff Umar, Oja, Noraniza Idris, Ashira Aziz, Yantzen, Linda Nanuwil, Nomad, Aju (Success), Rozita Izlyn, kumpulan Eva dan kumpulan Indigo.

Keputusan markah dan kedudukan para peserta mengikut markah juri adalah seperti berikut:-

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 3

   

gegar vaganza 2020 785

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Kedua

1. Mus (Cinta Kristal) - 80.00%

2. Linda Nanuwil (Mungkinkah) - 69.70%

3. Cliff Umar (Hanyut) - 68.50%

4. Ashira (Sempurna) - 68.00%

5. Oja (Sepenuh Hati) - 67.90%

6. Nomad (Bila Tiba) - 64.60%

7. Aju (Sambutlah Kasih) - 64.50%

8. Noraniza Idris (Akulah Kekasihmu) - 64.50%

9. Ayu Damit (Ke Hujung Dunia) - 64.00%

10. Kumpulan Eva (Cinta Antara Benua) - 63.40%

11. Rozita Izlyn (Hajat) - 62.70%

12. Yantzen (Duit) - 62.10%

13. Kumpulan Indigo (Hadirlah Kasih) - 51.90%

14. Haslinda (Kerana Terluka) - 49.70%

       

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

GV7 di bawah kendalian pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ditayangkan di saluran Astro Ria, secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 2

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)