Oleh pada 09 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert minggu kelima Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan berakhirnya perjuangan penyanyi Nomad di pentas program realiti yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

Menerusi persembahan malam tadi, Nomad menyanyikan Kasih Latifah dipopularkan kumpulan Spider dan hanya menerima markah 41.40% daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim) bersama Datuk Hattan selaku juri undangan.

Dalam pada itu, markah tertinggi 74.80% diraih Cliff Umar menerusi persembahan lagu Sedang Ingin Bercinta nyanyian asal kumpulan Dewa 19.

Antara lain, sembilan lagi bintang yang sama berentap ialah Mus (May), Oja, Linda Nanuwil, Ayu Damit, Ashira Aziz, Aju (Success), Noraniza Idris, Rozita Izlyn dan Yantzen.

Senarai markah dan kedudukan kesemua peserta adalah seperti berikut:-

    

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 6

   

gegar vaganza 2020 minggu 5 540

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Kelima

1. Cliff Umar (Sedang Ingin Bercinta) - 74.80%

2. Ashira (Yang Terindah Hanyalah Sementara) - 73.60%

3. Ayu Damit (Awan Yang Terpilu) - 72.80%

4. Noraniza Idris (Nakal Nakal Nakal) - 72.60%

5. Muss (Takdir Penentu Segalanya) - 67.00%

6. Aju Success (Kau Lupa Janji) - 66.80%

7. Rozita Izlyn (Lelaki Idaman) - 64.20%

8. Linda Nanuwil (Jangan Kau Mimpi) - 62.80%

9. Oja (Ketulusan Hati) - 62.60%

10. Yantzen (Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi) - 60.00%

11. Nomad (Kasih Latifah) - 41.40%

    

Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi (markah tertinggi) - Cliff Umar

Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Ashira

Anugerah CUCKOO Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) - Yantzen

Segmen Kongsi Rezeki - Anggota kumpulan nasyid Rabbani, Nazrul (menerima RM10,000)

   

Untuk mengetahui maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

Konsert GV7 ke udara di saluran Astro Ria, secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam bersama gandingan pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 5

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)