Oleh pada 16 Nov 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Penyanyi Rozita Izlyn diumumkan sebagai peserta yang meninggalkan pentas program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) dalam konsert minggu keenam yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Rozita mempersembahkan lagu Mengapa Sukar Melafazkan Maaf kolaborasi bersama Ezad Lazim, dendangan asal oleh beliau sendiri bersama Aju Success.

Beliau hanya mampu berpuas hati dengan markah 57.40% daripada juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim (Khadijah Ibrahim), bersama Aishah dan Datuk Awie selaku juri undangan.

Sementara itu, Noraniza Idris yang menyanyikan Bolehlah Boleh bersama Amelina, dipopularkan Mas Idayu mengungguli persaingan dengan markah 79.60%.

Lapan lagi peserta yang turut menghangatkan pentas adalah Mus (May), Ayu Damit, Ashira Aziz, Cliff Umar, Oja, Yantzen, Linda Nanuwil dan Aju (Success).

Berikut markah dan kedudukan peserta mengikut penilaian juri profesional:-

   

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu 7

   

gegar vaganza 2020 minggu 6 449

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Gegar Vaganza 7 (2020) Minggu Keenam

1. Noraniza Idris & Amelina (Bolehlah Boleh) - 79.60%

2. Cliff Umar & Mimi Fly (Smooth) - 79.00%

3. Aju Success & Ali XPDC (Gering) - 71.30%

4. Muss & Siti Sarah (Bercanda Di Pasiran Pantai) - 67.60%

5. Oja & Black (Sembilu) - 67.30%

6. Ashira & Mark Adam (Dengarkanlah) - 65.30%

7. Linda Nanuwil & Khai Bahar (Bertakhta Di Hati) - 64.50%

8. Yantzen & Marsha Milan (Di Sebalik Rahsia Cinta) - 62.40%

9. Ayu Damit & Hazama (Dua Insan Bercinta) - 60.20%

10. Rozita Izlyn & Ezad Lazim (Mengapa Sukar Melafazkan Maaf) - 57.40%

     

Anugerah Bintang Paling Power Miow tajaan Adabi (markah tertinggi) - Noraniza Idris

Anugerah Next Level Digi (undian tertinggi) - Cliff Umar

Anugerah CUCKOO Healthy Home (hashtag Twitter terbanyak) - Rozita Izlyn

Segmen Kongsi Rezeki - Penyanyi era 70-an, Azman Idris (menerima RM10,000)

   

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Gegar Vaganza Musim 7 (2020)

GV7 di Astro Ria bersama pengacara Nabil Ahmad dan Jihan Muse, ke udara secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam.

   

Kredit video: [LIVE] Konsert Gegar Vaganza 2020 Live + Minggu 6

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)