Oleh pada 31 Aug 2020 kategori

     

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Minggu ketiga pertandingan realiti, Big Stage musim ketiga (2020) menampilkan 11 peserta mempertaruhkan nasib dalam usaha mengekalkan penyertaan ke konsert seterusnya.

Dalam minggu bertemakan 'Duominasi' itu, penyanyi Amir Hasan bagaimanapun diumumkan sebagai peserta yang meninggalkan pertandingan selepas menerima undian online terendah daripada kalangan tiga peserta 'bottom three' hasil pemarkahan juri profesional.

Ia sekaligus memberi laluan kepada para peserta 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) lain bagi meneruskan perjuangan dalam persaingan minggu hadapan.

Mereka yang kekal berentap ialah Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid, Dinie Rashid, Nana Sheme, Hafiz Zainal dan Farisha Iris.

Iluminasi kongsikan carta kedudukan undian dalam talian untuk konsert minggu ketiga.

   

Baca: Keputusan Kedudukan Markah Peserta Konsert Ketiga Big Stage 2020 (Minggu 3)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Keempat Big Stage 2020 (Minggu 4)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

   

big stage 2020 480

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

        

Undi Big Stage 2020: Keputusan Undian Online Konsert Big Stage 2020 Minggu 3

1. Usop - 20.91%

2. Azzam Sham - 18.82%

3. Qody Rany - 12.25%

4. Dinie Rashid - 8.56%

5. Hafiz Zainal - 8.55%

6. Sandra Dianne - 6.90%

7. Nana Sheme - 5.70%

8. Farisha Iris - 5.60%

9. Amir Hasan - 5.35%

10. Yamani Abdillah - 4.28%

11. Fadh Majid - 3.07%

     

Penilaian markah secara profesional menggunakan khidmat juri tetap, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai, disertai juri undangan mingguan, Lah Ahmad dan presiden netizen, Michael Ang.

Presiden Netizen turut dianggotai Neelofa dan Caprice yang akan menghadiri konsert mingguan secara bergilir-gilir.

Butiran lanjut mengenai format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) merupakan kelolaan pasangan pengacara popular, Alif Satar dan Sherry Al Hadad, menemui penonton dalam siaran secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria.

    

Kredit video: Big Stage 2020 Live + - Minggu 3

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)