Oleh pada 31 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Pentas Big Stage musim ketiga (2020) dihangatkan dengan persaingan antara 11 penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) dalam konsert minggu ketiga yang berlangsung sebentar tadi.

Menerusi minggu bertemakan 'Duominasi', penyanyi Amir Hasan diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas menerima undian terendah dalam kalangan peserta 'bottom three' berdasarkan markah juri.

Amir yang mendendangkan Bicara Rasa secara duet bersama Sarah Suhairi, hanya mampu berpuas hati dengan markah diberikan juri sebanyak 53.60%.

Pertandingan mingguan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu diadili oleh tiga orang juri tetap iaitu penyanyi Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan komposer Ajai, digandingkan bersama Lah Ahmad selaku juri jemputan dan Michael Ang yang mewakili Presiden Netizen.

'Presiden Netizen' antara lain dianggotai Neelofa dan Caprice yang akan menghadiri konsert secara bergilir-gilir.

Hasil permarkahan barisan juri secara keseluruhan telah mengangkat Usop yang mempersembahkan Senja Nan Merah nyanyian bersama Ara Johari di kedudukan pertama dengan jumlah markah 85.00%

Berikut dikongsikan carta kedudukan dan markah setiap peserta untuk konsert minggu ketiga.

    

Baca: Keputusan Undian Online Peserta Konsert Ketiga Big Stage 2020 (Minggu 3)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Keempat Big Stage 2020 (Minggu 4)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

big stage 2020 687

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Keputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2020 Minggu 3

1. Usop (Senja Nan Merah) - 85.00%

2. Farisha Iris (Cinta) - 81.00%

3. Azzam Sham (Canggung) - 80.20%

4. Qody Rany (Salam Untuk Kekasih) - 73.40%

5. Fadh Majid (Kekasih Bayangan) - 73.20%

6. Hafiz Zainal (Dilema 03) - 67.60%

7. Yamani Abdillah (Isabella) - 65.60%

8. Nana Sheme (Setia) - 61.80%

9. Dinie Rashid (Takdir Tercipta) - 60.60%

10. Amir Hasan (Bicara Rasa) - 53.60%

11. Sandra Dianne (Aku Kau Dan Muzik) - 44.80%

    

Gelaran 'BBNU Of The Week' hasil undian peminat secara dalam talian diberikan kepada Azzam Sham.

Seramai 10 peserta meneruskan langkah ke peringkat seterusnya. Mereka ialah Usop (Mentor), Qody Rany, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Azzam Sham, Fadh Majid, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Nana Sheme dan Farisha Iris.

Untuk butiran mengenai format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 ke udara secara mingguan dan siaran langsung di saluran Astro Ria.

Dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad, tayangan setiap Ahad itu ke udara pada jam 9 malam.

    

Kredit video: Big Stage 2020 Live + - Minggu 3

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)