Oleh pada 24 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Penyanyi Hanie Soraya menjadi peserta pertama meninggalkan persaingan rancangan realiti Big Stage musim ketiga (2020) dalam konsert minggu kedua yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Hanie yang mendendangkan Ku Bahagia dipopularkan Melly Goeslaw berada di kedudukan 'bottom three' berdasarkan penilaian juri tetap, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Ajai, termasuk Ernie Zakri selaku juri undangan dan Caprice sebagai Presiden Netizen.

Hanie diputuskan untuk disingkirkan selepas meraih undian terendah dalam kalangan 'bottom three' yang mana turut dihuni Amir Hasan dan Fadh Majid.

Sementara itu, Usop yang mempersembahkan Hati nyanyian asal Hael Husaini menduduki tangga pertama bersama markah 86.20%.

Lain-lain yang memberikan saingan termasuk Qody Rany, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Azzam Sham, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Nana Sheme dan Farisha Iris.

Berikut carta kedudukan dan markah penuh juri profesional untuk konsert minggu kedua yang bertemakan 'Hype Beat'.

   

Baca: Keputusan Undian Online Peserta Konsert Kedua Big Stage 2020 (Minggu 2)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Ketiga Big Stage 2020 (Minggu 3)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

big stage 2020 934

Kredit foto: Instragram Astro Gempak

   

Keputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2020 Minggu 2

1. Usop (Hati) - 86.20%

2. Azzam Sham (Sinar) - 83.60%

3. Qody Rany (Cindai) - 78.60%

4. Farisha Iris (Pura-Pura Bujang) - 71.60%

5. Nana Sheme (Mata) - 68.40%

6. Sandra Dianne (Kau Atau Aku) - 68.40%

7. Hafiz Zainal (Katakan Tidak) - 68.00%

8. Dinie Rashid (Batu Dan Golek) - 67.40%

9. Yamani Abdillah (Paku) - 66.60%

10. Fadh Majid (Alalala Sayang) - 66.20%

11. Hanie Soraya (Ku Bahagia) - 57.00%

12. Amir Hasan (Donde) - 56.60%

   

Dalam pada itu, Azzam Sham diangkat sebagai 'BBNU Of The Week' hasil undian peminat untuk konsert minggu pertama.

Presiden netizen turut dibarisi Neelofa dan Michael Ang yang akan menghadiri konsert secara bergilir-gilir.

Slot keempat 'presiden netizen' bakal ditentukan menerusi cadangan dengan penggunaan hashtag #PNBigStage2020 di media sosial mulai 4 hingga 22 Ogos 2020.

Butiran lanjut mengenai format pemarkahan, hadiah, info rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 siaran Astro Ria menemui penonton setiap Ahad, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) diacarakan Alif Satar dan Sherry Alhadad selaku pasangan hos.

   

Kredit video: LIVE Konsert Big Stage 2020 Minggu 2

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)