Oleh pada 25 Aug 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Konsert minggu kedua program realiti Big Stage musim ketiga (2020) menyaksikan persaingan sengit antara 12 bintang yang berentap.

Barisan peserta 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang terlibat terdiri daripada Azzam Sham, Yamani Abdillah, Sandra Dianne, Usop (Mentor), Qody Rany, Fadh Majid, Hanie Soraya, Dinie Rashid, Nana Sheme, Hafiz Zainal, Amir Hasan dan Farisha Iris.

Nasib bagaimanapun tidak menyebelahi Hanie Soraya yang diumumkan tersingkir sebagai peserta sulung meninggalkan pertandingan.

Hanie memperoleh undian online terendah daripada kalangan peserta 'bottom three' berdasarkan markah juri profesional.

Berikut carta kedudukan undian dalam talian untuk konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad lalu.

    

Baca: Keputusan Kedudukan Markah Peserta Konsert Kedua Big Stage 2020 (Minggu 2)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Ketiga Big Stage 2020 (Minggu 3)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

     

big stage 2020 964

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Undi Big Stage 2020: Keputusan Undian Online Konsert Big Stage 2020 Minggu 2

1. Usop - 21.12%

2. Azzam Sham - 17.21%

3. Qody Rany - 11.08%

4. Hafiz Zainal - 9.78%

5. Dinie Rashid - 7.65%

6. Sandra Dianne - 6.30%

7. Nana Sheme - 6.26%

8. Amir Hasan - 5.65%

9. Farisha Iris - 4.83%

10. Yamani Abdillah - 3.95%

11. Fadh Majid - 3.13%

12. Hanie Soraya - 3.06%

    

Penyanyi Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan komposer Ajai menduduki kerusi juri tetap, bagi bergandingan dengan Ernie Zakri yang diundang sebagai juri undangan, termasuk Caprice mewakili Presiden Netizen.

Presiden Netizen antara lain dibarisi Neelofa dan Michael Ang yang bergilir-gilir mengadili konsert mingguan.

Maklumat lanjut berkenaan format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Dikemudikan pengacara Alif Satar dan Sherry Al Hadad, Konsert Big Stage 2020 ditayangkan setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria, siaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

     

Kredit video: LIVE Konsert Big Stage 2020 Minggu 2 

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)