Oleh pada 07 Sep 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

     

Konsert minggu keempat Big Stage musim ketiga (2020) menyaksikan persaingan sengit antara sembilan penyanyi 'BBNU' (Budak Baru Nak Up) yang berentap.

Minggu bertemakan 'Baby Bash' itu bagaimanapun menjadi minggu terakhir buat Yamani Abdillah apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir yang meninggalkan pertandingan.

Yamani yang menerima undian terendah dalam kalangan peserta 'bottom three' berdasarkan markah juri, mempersembahkan lagu Mimpi Laila nyanyian asal oleh Yasin Sulaiman.

Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan komposer Ajai selaku juri tetap, bersama penampilan Joe Flizzow sebagai juri undangan dan Elly Mazlein mewakili Presiden Netizen, memberikan jumlah markah 62% kepada Yamani dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu.

'Presiden Netizen' antara lain dibarisi Neelofa, Caprice dan Michael Ang yang akan mengadili konsert mingguan secara bergilir-gilir.

Dalam pada itu, Usop mengungguli persaingan dengan kutipan markah 86.20% menerusi lagu Bukan Ku Tak Sudi dipopularkan Iklim.

Carta kedudukan dan markah setiap peserta adalah seperti berikut:-

    

Baca: Senarai Lagu Tugasan Konsert Kelima Big Stage 2020 (Minggu 5)

Baca: Cara Undi Peserta Big Stage 2020 (Konsert Mingguan Dan Akhir)

    

big stage 2020 86

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Keputusan Carta Kedudukan Dan Markah Peserta Konsert Big Stage 2020 Minggu 4

1. Usop (Bukan Ku Tak Sudi) - 86.20%

2. Fadh Majid (Mentera Semerah Padi) - 78.60%

3. Azzam Sham (Mengintai Dari Tirai Kamar) - 75.20%

4. Dinie Sham (Gubahan Rindu Puisi Syahdu) - 69.00%

5. Nana Sheme (Don't Speak) - 67.60%

6. Farisha Iris (Kau Kekasihku) - 66.20%

7. Hafiz Zainal (Laguku Untukmu) - 64.00%

8. Qody Rany (Ukiran Jiwa) - 62.80%

9. Yamani Abdillah (Mimpi Laila) - 62.00%

       

Keputusan Undian Online Konsert Keempat Big Stage 2020 (Minggu 4)

1. Usop - 22.73%

2. Azzam Sham - 18.88%

3. Qody Rany - 12.88%

4. Dinie Rashid - 11.14%

5. Farisha Iris - 8.60%

6. Hafiz Zainal - 8.54%

7. Nana Sheme - 6.15%

8. Yamani Abdillah - 5.69%

9. Fadh Majid - 5.39%

   

Azzam Sham diangkat sebagai 'BBNU Of The Week' yang ditentukan berdasarkan undian peminat secara dalam talian.

Kesemua sembilan peserta yang berjaya melangkah ke minggu kelima adalah Usop (Mentor), Qody Rany, Sandra Dianne, Azzam Sham, Fadh Majid, Hafiz Zainal, Dinie Rashid, Nana Sheme dan Farisha Iris.

Sandra Dianne secara automatik mara ke konsert kelima meskipun tidak bersaing di minggu keempat kerana sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya akibat kemalangan jalan raya pada Sabtu.

Untuk format pemarkahan, hadiah, info penuh rancangan dan tenaga pengajar, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Big Stage Musim 3 (2020)

Konsert Big Stage 2020 siaran Astro Ria menemui penonton secara langsung pada setiap Ahad, jam 9 malam bersama gandingan pengacara Alif Satar dan Sherry Alhadad.

    

Kredit video: Konsert Big Stage 2020 Live + - Minggu 4

      




Hakcipta iluminasi.com (2017)