Oleh pada 10 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

      

Konsert akhir Big Stage 2023 yang berlangsung malam tadi telah membuka ruang perbincangan di kalangan peminat muzik mengenai bakat-bakat penyanyi muda yang dijangka akan menyertai musim akan datang.

          

big stage 2023 78953

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

         

Untuk Big Stage musim keenam yang dijangka bersiaran pada tahun 2024, warganet rata-ratanya mencadangkan nama-nama bintang generasi baharu atau 'BBNU' (Budak Budak Nak Up) yang memiliki nama yang mencuri perhatian pada masa ini, dengan turut memberi penekanan kepada kualiti vokal yang baik.

Di kalangan nama-nama penyanyi yang dikemukakan ialah bintang-bintang lelaki terkenal seperti Danial Kifli, Zaki Yamani, Saixse, Reedzwann, Apex Tajudin, Hasif Upin dan Fareez Fauzi.

Ada juga cadangan untuk kemunculan Haikal Farid, Syahmi Irfan, Ahmad Syafiq, Amsyar Leee, BitoBeyto, Yazid Izaham, Syafiq Naser, Harris Alif, Isma Sane, Iza'an dan Rizal Rasid.

Nama-nama lain yang turut diberi perhatian termasuk Zaim Mentor, Azmil (Mentor Legend), Adly Sofwan, Luqman Faiz, Sharul Kamal, Daniesh Suffian, Zack Zakwan, Zali Rusli (adik Haqiem Rusli), Rizal Rasid dan Mizan Harry Khalifah.

Apabila melibatkan penyanyi wanita, netizen mengangkat nama-nama bintang menonjol seperti Dalia Farhana, Eylia Guntabid, Vanessa Reynauld, Masya Masyitah, Layla Sania, Iera Milpan, Layka Al Funsu dan Nuha Bahrin.

Ada juga sebilangan peminat yang berharap untuk melihat kehadiran Beby Acha (adik Achik Spin), Erin CTJ, Damia, Cik B, Chombi, Trisyia Azman, Aidilia Hilda, Shalma Eliana, Eza Edmond dan Wan Azlyn.

Bagi wakil penyanyi berkumpulan pula, ada harapan netizen agar Da Unknown, Insomniacks dan The Gadys dimasukkan ke penyertaan.

Mungkin terlalu awal untuk membuat spekulasi, kita semua nantikan sahaja apakah nama-nama yang disebutkan ini akan terpilih sebagai pesaing musim baharu nanti.

         

Baca: Keputusan Markah Juara, Pemenang, Finalis Konsert Final Big Stage 2023 (Akhir)

Baca: Senarai Lagu Tugasan Finalis Konsert Akhir Big Stage 2023 (Final Musim 5)

       

Senarai Juara Big Stage

Musim 1 (2018) - Sarah Suhairi

Musim 2 (2019) - Han Byul

Musim 3 (2020) - Azzam Sham

Musim 4 (2022) - Elica Paujin

Musim 5 (2023) - Nadeera Zaini

          

Kredit video: KONSERT AKHIR BIG STAGE 2023 LIVE + MINGGU 10

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)