Oleh pada 17 Jan 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan baru-baru ini memaksa pihak Astro untuk menunda beberapa rancangan hiburan yang ke udara secara langsung.

Tidak terkecuali, Sepahtu Reunion Live 2020 / 2021 yang sebelum ini dijadualkan pada setiap Khamis, jam 9 malam.

   

sepahtu reunion

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Menggantikan rancangan komedi kegemaran ramai itu adalah program terbaharu yang diberi judul 'Warung Sepahtu'.

Bersiaran waktu sama, Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya yang juga anggota Sepahtu masih memegang peranan sebagai tunjang utama dalam rancangan berkonsepkan bual bicara santai ini.

   

warung sepahtu 2021

Kredit foto: Instagram Sepahturious Official

   

Antara selebriti yang diundang menggamatkan suasana termasuk Datuk M. Nasir, Nabila Razali, Sharifah Sakinah, Naqiu, Noraniza Idris dan ramai lagi.

Barisan tetamu undangan bakal berkongsi kisah menarik mereka termasuk rahsia-rahsia yang bersifat peribadi!

    

Baca: Biodata Jep Sepahtu

Baca: Biodata Shuib Sepahtu

Baca: Biodata Rahim Sepahtu

Baca: Biodata Pak Ya (Ilya Buang) Sepahtu

Baca: Biodata Sari Yanti, Isteri Jep Sepahtu

   

warung sepahtu 2020 60

Kredit foto: Instagram Cik Manggis De Fam

   

Tidak kurang, Sepahtu sendiri bakal menghiburkan para peminat menerusi sketsa komedi setiap minggu.

Episod pertama baru-baru ini menyaksikan kehadiran pelakon Liza Abdullah dan Jasmin Hamid sebagai artis jemputan.

Siapa pula yang bakal menyusul pada episod akan datang? Sama-sama kita nantikan.

Warung Sepahtu bersiaran setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Warna (127) dan Astro Warna HD (107) mulai 14 Januari 2021.

Untuk pilihan lebih fleksibel, strim Warung Sepahtu di On Demand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box.

   

sepahtu reunion 2020 482

Kredit foto: Noraniza Idris Official FC

warung sepahtu episod

Kredit foto: Instagram Ebby Yus

   

Warung Sepahtu

Sinopsis

Jep, Shuib, Rahim dan Pak Ya menemubual artis-artis jemputan bersama sketsa komedi khas setiap minggu.

   

Genre

Bual Bicara / Komedi

   

Artis Undangan

Datuk M. Nasir, Noraniza Idris, Naqiu, Nabila Razali, Sharifah Sakinah, Jasmin Hamid, Liza Abdullah dan ramai lagi.

   

Waktu Siaran

Siaran 60 minit pada setiap hari Khamis, jam 9 malam di saluran Astro Warna.

   

Kredit video: [PROMO] Warung Sepahtu - Setiap Khamis, 9 Malam di Astro Warna

   

Sumber:

1. Datuk M. Nasir, Naqiu, Nabila Razali, Antara Yang Akan Bersama di Warung Sepahtu Bermula Malam Ini

2. Astro Gempak

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)