Kredit foto: Instagram Ilya Sepahtu

   

Illya Buang Shaharom atau lebih popular sebagai Ilya Buang ialah seorang pelawak, penyanyi dan pelakon Malaysia.

Beliau merupakan bekas ahli kumpulan Senario yang kini menganggotai kumpulan lawak nombor satu negara, Sepahtu.

    

Biodata

1. Pemilik nama penuh Illya Buang Shaharom. Dikenali dengan nama pentasnya, Ilya dan Pak Ya.

2. Lahir di Ulu Kinta Perak pada tahun 1967. Kini berusia 52 tahun.

3. Bakatnya dikesan daripada rancangan realiti TV3, Sinaran Passport Kegemilangan pada tahun 1995 yang menobatkan kumpulan dianggotainya sebagai juara. Ketika itu, beliau menjadi ahli kumpulan Serba Salah bersama Wahid Senario dan Hamdan Ramli.

4. Popularitinya berada di kemuncak sewaktu menyertai kumpulan lawak, Senario yang ditubuhkan pada 1996.

5. Beliau dan Hamdan Ramli bagaimanapun akhirnya memutuskan untuk meninggalkan kumpulan tersebut pada 1998.

6. Ilya dan Hamdan, bersama seorang lagi bekas ahli Senario iaitu Yassin Yahya kemudiannya menubuhkan kumpulan Aku Kaya pada 2002, meskipun hanya mampu bertahan sehingga 2005 sebelum masing-masing meneruskan haluan kerjaya solo.

7. Sekali lagi Ilya dan Hamdan membuat kemunculan semula, namun kali ini menerusi kumpulan Hiro yang turut dijayakan Ropie Cecupak, sewaktu bertanding di pertandingan realiti, Maharaja Lawak Mega (MLM) 2011. Rezeki tidak menyebelahi mereka apabila diumumkan tersingkir di minggu kelima.

8. Nama Ilya kembali menyinar selepas memasuki kumpulan Sepahtu sebagai peserta MLM 2014. Gangguan kesihatan dihadapinya menyebabkan beliau terpaksa menarik diri daripada pertandingan mulai minggu kelima.

9. Bersama Sepahtu, beliau menjayakan sitkom Sepahtu Reunion yang disiarkan setiap tahun di saluran Astro Warna.

10. Ilya turut menjayakan 'comeback' bersama kumpulan Senario yang dinamakan sebagai 'Senariounion' pada 2016.

11. Filem-filem lakonannya ialah Aku Kaya The Movie, Senario Pemburu Emas Yamashita, Zombi Kampung Pisang, Senario The Movie: Episode 1, Hantu Air dan Zombie Kilang Biskut.

12. Penglibatannya di layar kaca menerusi drama Cik Serba Tahu, termasuk telefilem Aku Kaya, Aku Kaya Giler dan Cinta Kinabalu.

     

Baca: Biodata Jep Sepahtu

Baca: Biodata Shuib Sepahtu

Baca: Biodata Rahim Sepahtu

Baca: Biodata Sari Yanti, Isteri Jep Sepahtu

    

Foto

ilya buang age

pak ya sepahtu umur

ilya sepahtu

ilya sakit jantung

pak ya senario

ilya buang isteri

anak ilya buang

Kredit foto: Instagram Ilya Sepahtu

   

Video

Kredit video: Full Album Senario - Senario (1997)

   

Sumber:

1. Wikipedia Ilya Buang

2. Ilya Buang Enggan Jadi Beban Kepada Kumpulan Sepahtu

3. Konsert Komedi Bersama Senariunion

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)