Oleh pada 21 Jul 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa

    

'Next To Neelofa' merupakan sebuah program televisyen Malaysia yang berkonsepkan bual bicara, menemui penonton di saluran Astro Ria di bawah kendalian pelakon dan pengacara, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa.

    

next to neelofa 794

Kredit foto: Instagram Neelofa

   

Rancangan ini bakal mengangkat pelbagai topik membabitkan soal kesihatan, kesejahteraan, cinta, kecantikan & gaya, perihal wanita, keibubapaan, perhubungan dan kerjaya.

Musim pertama menerusi lapan buah episod bakal menampilkan barisan tetamu yang mencipta nama daripada pelbagai latar belakang iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Hans Isaac, Puan Sri Tiara Jacquelina, Datuk Rizalman, Chryseis Tan, Ella, Chef Wan dan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad.

Kepada portal BH Online, Neelofa berkongsi serba sedikit berkenaan program yang dirakamkan sejak bulan lalu (Jun) itu:-

    

neelofa 338

Kredit foto: Instagram Neelofa

   

"Setiap kandungan cerita dikongsi tetamu mempunyai perspektif yang berbeza. Penonton akan merasakan program ini boleh memberi inspirasi, motivasi dan semangat.

"Saya juga sedang merancang mendapatkan Ratu Rock Malaysia, Ella, bintang legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha untuk musim ini.

"Insya-Allah, saya mahu dapatkan tetamu dari luar negara seperti Kris Dayanti, Princess Syahrini dan Jericho Rosales untuk musim kedua".

Rancangan yang berdurasi 60 minit bagi setiap tayangan itu ke udara setiap Khamis, jam 9 malam di Astro Ria, mulai 23 Julai 2020.

     

ig neelofa 597

Kredit foto: Instagram Neelofa

     

Tetamu Undangan

Episod 1 - Hans Isaac

Episod 2 - Rizalman Ibrahim

Episod 3 - Tiara Jacquelina

Episod 4 - Siti Nurhaliza

Episod 5 - Chryseis Tan

Episod 6 - Ella

Episod 7 - Chef Wan

Episod 8 - Datuk Prof Dr Muhaya

Episod 9 - Normala Samsudin

Episod 10 - Noorkumalasari

Episod 11 - Mizz Nina

Episod 12 - Scha Alyahya

     

Baca: Info Penuh Program Next To Neelofa Musim 2 (Astro) 2022

Waktu Tayangan

Mulai 23 Julai 2020, setiap hari Khamis, jam 9 malam di Astro Ria.

   

Baca: Biodata Neelofa

Baca: Biodata Hans Isaac

Baca: Biodata Dato' Rizalman Ibrahim

Baca: Biodata Datuk Seri Siti Nurhaliza

        

Sumber: Neelofa lamar Jericho Rosales?

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)