Kredit foto: Instagram Jep Sepahtu

    

Jep merupakan bekas anggota kumpulan lawak, Sepah yang telah menjuarai pertandingan Raja Lawak musim ketiga pada tahun 2009.

Perpecahan kumpulan Sepah membawa kepada penubuhan kumpulan baharu dinamakan sebagai 'Sepahtu' yang turut dianggotai Shuib, Rahim dan Ilya (Pak Ya).

    

Biodata

1. Nama sebenarnya, Mohd Nadzri bin Zainal Abidin. Menggunakan nama komersial, Jep Sepahtu.

2. Lahir pada 9 April 1985 di Kulai, Johor. Kini berusia 34 tahun.

3. Berketinggian 1.85 meter.

4. Anak keempat daripada tujuh orang adik-beradik.

5. Merupakan pelawak, pelakon, pengacara dan penyampai radio yang berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2009.

6. Mula popular selepas memenangi pertandingan realiti komedi, Raja Lawak 3 (musim ketiga) 2009 menerusi kumpulan Sepah yang turut dianggotai Shuib dan Mamat. Mereka juga merangkul gelaran juara Maharaja Lawak 2011.

7. Selepas berpecah, Jep bersama Shuib menubuhkan kumpulan baharu dinamakan sebagai Sepahtu.

8. Kerjaya Jep terus berkembang dengan beberapa pencapaian seperti menjuarai pertandingan Super Spontan 2013 dan Maharaja Lawak Mega 2013, naib juara Maharaja Lawak Mega 2014, Artis Komedi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 dan Artis Lawak MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2019.

9. Pernah membintangi filem Sofazr The Movie - Jiwa Kacau, Sepah The Movie dan Oh Mak Kau.

10. Kemunculannya di layar kaca antaranya menerusi Sepahtu Cinta Plastik, Bujang Sepah Lalalitampom, Meja Bulat Sepahtu dan Sepahtu Reunion.

11. Turut berkhidmat sebagai juruhebah di konti radio Sinar FM menerusi segmen Pagi di Sinar yang antara lain menampillan pelawak Rahim dan Angah.

12. Menamatkan zaman solo dengan aktres Sari Yanti pada 25 Februari 2017 sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara pada 25 April 2018.

   

Baca: 10 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Shuib Sepahtu 

Baca: Biodata Rahim Sepahtu

Baca: Biodata Ilya Buang (Pak Ya) Sepahtu

Baca: Biodata Sari Yanti, Isteri Jep Sepahtu

   

Foto

jep sepahtu ig

sari yanti

instagram jep sepahtu

sepahtu reunion 2020

anak jep sepahtu

Kredit foto: Instagram Jep Sepahtu

   

Video

Kredit video: Hitam Putih Kehidupan Jep

   

Sumber:

1. Wikipedia Jep Sepahtu

2. "Mudah Serasi" - Jep, Rahim Gembira Terima Angah Raja Lawak Ganti Shuib

3. "Comelnya Baby Girl!" - Dedah Wajah Anak, Jep Sepahtu & Sari Yanti Pilih Nama Dariya Inara

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)