Kredit foto: Instagram @sariyanti

     

Biodata

1. Pemilik nama penuh Sari Yanti binti Mohamad Nazari. Popular sebagai Sari Yanti.

2. Kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 9 November 1984.

3. Berusia 35 tahun.

4. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

5. Pemegang Diploma Pengajian Perniagaan daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN).

6. Pelakon, model dan penerbit yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

7. Antara drama dibintanginya seperti Kisah Kaisara, Annissa, Suria Di Cordoba, Anugerah Terindah, Cinta Si Egois, Jawatan Kuasa Kalut dan Cik Serba Tahu.

8. Termasuk telefilem Pilot Dara, Menantu Mak Uteh, Perangkap Perkahwinan, Penjara Seorang Isteri, Ayah Den Lapeh, Segi Tiga dan banyak lagi.

9. Pembabitan di layar lebar menerusi filem Impak Maksima dan Misteri Jalan Lama.

10. Penglibatan di pentas teater pula menerusi pementasan Hexa X Unus.

11. Membuat kemunculan dalam iklan jenama Hotlink (Maxis) Prepaid, KFC, Sunsilk dan Rexona.

12. Beliau bersama suaminya, Jep Sepahtu menyandang trofi Couple Meletop di Anugerah MeleTOP Era 2018.

13. Mendirikan rumah tangga dengan Mohd Eddy Casmady Che Hussein pada 16 Januari 2009, sebelum memilih untuk bercerai pada 11 Disember 2014. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua zuriat lelaki bernama Barr Al Aliy dan Baasit Al-Haq.

14. Kemudiannya Sari berkahwin buat kali kedua dengan pelawak Jep Sepahtu pada 25 Februari 2017 dan sehingga kini mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Dariya Inara kelahiran 25 April 2018.

      

Fakta Menarik

  • Berdarah campuran Melayu dan Minang.
  • Karier seninya bermula sebagai model sambilan susulan kemenangan diraih dalam pertandingan gadis penghias muka depan pada tahun 2006.
  • Teman rapat kepada pelakon Wan Sharmila.

     

Baca: Biodata Jep Sepahtu

Baca: Biodata Shuib Sepahtu

Baca: Biodata Rahim Sepahtu

Baca: Biodata Ilya Buang (Pak Ya) Sepahtu

   

Foto

biodata pelakon sari yanti isteri jep sepahtu 2

biodata pelakon sari yanti isteri jep sepahtu 3

biodata pelakon sari yanti isteri jep sepahtu 4

biodata pelakon sari yanti isteri jep sepahtu 5

biodata pelakon sari yanti isteri jep sepahtu 6

Kredit foto: Instagram @sariyanti

     

Video

Kredit video: Youtube Sinar

     

Sumber:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)