Oleh pada 31 Oct 2021 kategori

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Rancangan realiti nyanyian yang membawa konsep 'music dating', Lagu Cinta Kita (LCK) kembali dengan musim yang ketiga.

Versi Malaysia diadaptasi daripada program CJ ENM, ‘Love At First Song’ itu melahirkan beberapa bintang ternama dalam edisi terdahulu, antaranya Ahmad Adly Sofwan, Nadeera Zaini, Khareez Kasbah, Darling (Wan Azlyn) dan Ratu Balqis.

Baca: Biodata Ahmad Adly Sofwan, Peserta Lagu Cinta Kita Musim 2 (2020)

Baca: Biodata Darling, Peserta Lagu Cinta Kita Musim 2 (2020)

Baca: Biodata Naqi Nasri, Juara Lagu Cinta Kita Musim 1 (2019)

lagu cinta kita musim 3 724

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Ujibakat Peserta

Pencarian peserta musim ketiga diadakan dari tarikh 24 Julai 2021 hingga 25 September 2021 secara atas talian dengan memberi peluang kepada seluruh warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 35 tahun yang mempunyai bakat dalam bidang nyanyian.

Juga mereka perlulah berstatus bujang dan sedang mencari cinta. Sekiranya mampu bermain alat muzik, ianya satu bonus.

Mereka hanya perlu berkongsi video nyanyian di akaun laman sosial Instagram masing-masing yang disertakan dengan tanda pagar #LaguCintaKita3.

100 peserta kemudiannya disenarai pendek untuk menghadiri sesi uji bakat secara tertutup.

lagu cinta kita 2021

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Konsep

Peserta tidak didedahkan dengan pasangan duet masing-masing sehinggalah menapak di pentas pertandingan kelak.

Untuk pusingan awal pada episod 1 dan 2, 10 pasangan duet dibentuk daripada 20 peserta berdasarkan pilihan lagu yang sama.

Awal persembahan, mereka berada di dua pentas yang berbeza. Hanya undian juri tetap bersama juri awam yang dapat mengalihkan dinding pemisah di antara dua pentas ini.

Sewaktu pemisah dialihkan, ia menjadi momen pertama dua peserta ini berpeluang melihat wajah pasangan duet masing-masing.

Undian daripada kesemua juri diperlukan untuk mencantumkan pentas, sekaligus melayakkan kemaraan mereka ke pusingan seterusnya.

Penyingkiran dibuat pada setiap episod bagi menapis finalis yang layak ke peringkat akhir.

Selain persembahan pentas, mereka juga dicabar dengan tugasan yang menguji tahap keserasian, sekaligus mengutuhkan perhubungan yang terjalin.

lagu cinta kita 3 tv3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Juri

Komposer Ajai dan penyanyi Mas Idayu masih di posisi juri tetap, digandingkan bersama juri jemputan khas setiap minggu.

Format Penjurian

Proses pengadilan menggunakan pemarkahan sepenuhnya daripada panel juri yang dilantik.

Hadiah

Juara LCK3 akan menerima habuan berupa wang tunai berjumlah RM 50,000, diikuti tempat kedua dengan ganjaran RM 30,000 dan tempat ketiga akan membawa pulang RM 20,000.

Penaja Dan Radio Rasmi

Terbitan hasil kerjasama Motion Content dan TV3 ini menggunakan khidmat para penaja terdiri daripada CELCOM, FLAVETTES NUTRISKINCARE dan NIVEA.

Juga menampilkan Hot FM sebagai rakan radio rasmi, manakala Oh Bulan dan Xtra bertindak sebagai rakan digital.

Tempoh Siaran

Siaran selama lapan episod selama lapan minggu berturut-turut.

Pengacara

Pasangan hos, Kamal Adli dan Ain Edruce digandingkan untuk memegang peranan mengemudi pentas utama program.

lagu cinta kita 3

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

Waktu Siaran

Saksikan Lagu Cinta Kita 3 yang memulakan tayangan pada 31 Oktober 2021 pada setiap hari Ahad, pukul 9 malam di saluran TV3.

Strim tontonan online dalam format HD di laman sesawang Tonton dan Youtube TV3 Malaysia Official.

Baca: Keputusan Konsert Akhir Lagu Cinta Kita Musim 2 (TV3) 2020 : Juara Dan Pemenang

Baca: Info Penuh Program Lagu Cinta Kita (TV3) Musim 2 (2020)

Kredit video: [LIVE] Lagu Cinta Kita Musim 3 Episod / Minggu 1

   

Sumber:

1. Kamal Adli & Ain Edruce Hos Baru Program Lagu Cinta Kita Musim Ke-3!

2. 'Kuasa lagu, dua hati jadi satu'

3. Instagram TV3 Malaysia




Hakcipta iluminasi.com (2017)