Oleh pada 03 Jan 2021 kategori

    

Kredit foto: Instagram Lagu Cinta Kita 2 Official

   

Rancangan 'music dating', Lagu Cinta Kita (LCK) adaptasi program popular CJ ENM, ‘Love At First Song’ kini sudah tiba ke kemuncaknya.

Peringkat akhir yang berlangsung pada 3 Januari 2021 menyaksikan penampilan lima pasangan duet beradu nasib dalam merebut takhta juara.

Mereka terdiri daripada Adly dan Darling; Syafiq dan Serra; Iss dan Mya; Khareez dan Nadeera serta Kael dan Evie.

Tugasan terakhir dalam dua pusingan menuntut para finalis mempersembahkan dua buah lagu.

    

kael lagu cinta kita 311

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Dalam menantikan keputusan pemenang pula, pentas diserikan dengan persembahan istimewa daripada ketiga-tiga juri terlibat.

Turut serta, selingan persembahan penyanyi ternama, Dayang Nurfaizah dan Zizi Kirana.

    

lagu cinta kita 2 1

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Sementara pelakon Rozita Che Wan pula menghiasi segmen Panel Cinta menerusi topik berkaitan Percintaan dan Jarak Umur.

Untuk maklumat lanjut berkaitan konsep pertandingan, format penjurian dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Lagu Cinta Kita (TV3) Musim 2 (2020)

Berikut dikongsikan senarai penuh para pemenang untuk musim kali ini:-

    

Baca: Biodata Ahmad Adly Sofwan, Peserta Lagu Cinta Kita 2

Baca: Biodata Darling, Peserta Lagu Cinta Kita 2

Baca: Biodata Naqi Nasri, Juara Lagu Cinta Kita Musim 1

      

lagu cinta kita 232

Kredit foto: Instagram Lagu Cinta Kita 2 Official

   

Keputusan Konsert Final Lagu Cinta Kita Musim Kedua (2020): Juara, Pemenang Dan Finalis / Peserta

Juara - Khareez dan Nadeera

Naib juara - Syafiq dan Serra

Tempat ketiga - Iss dan Mya

Tempat keempat - Kael dan Evie

Tempat kelima - Adly dan Darling

   

Baca: Info Penuh Program Lagu Cinta Kita (TV3) Musim 3 (2021)

evie lagu cinta kita

kael

peserta lagu cinta kita 2

darling lagu cinta kita 2

nadeera lagu cinta kita

juara lagu cinta kita

pemenang lagu cinta kita

lagu cinta kita 2 final

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

   

Juara mendapat habuan wang tunai RM50,000, diikuti tangga kedua dengan RM30,000.

Pemenang ketiga meraih RM20,000, manakala keempat dan kelima masing-masing menerima RM15,000 dan RM10,000.

Musim pertama menyaksikan Naqi Nasri dan Nur Ayuni Sapuan diangkat sebagai juara, sekaligus menamatkan zaman solo di jinjang pelamin pada 25 Julai lalu.

Lagu Cinta Kita 2 bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.

           

Kredit video: [LIVE] Lagu Cinta Kita 2 (2020) | Episod 8 - Finale

    

Sumber:

1. Kemuncak Lagu Cinta Kita 2

2. Lagu Cinta Kita 2 XTRA

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)