Kredit foto: Instagram Ahmad Adly Sofwan

Siapa Ahmad Adly? Ahmad Adly Sofwan Ahmad Azli atau nama komersialnya, Ahmad Adly merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pencipta lagu Malaysia.

Beliau terkenal menerusi rangkaian lagu pop popular antaranya Agenda, Sahabat dan Nota Hasratku.

Beliau juga adalah bintang dalam drama bersiri TV3, Tahyul yang turut dibintangi pelakon Aniq Suhair, Cik B, Shah Khan, Wani Kayrie, Rozita Che Wan, Aidit Noh, Tania Hudson, Fauziah Latiff dan ramai lagi.

Biodata

Nama penuh: Ahmad Adly Sofwan Ahmad Azli

Nama popular: Ahmad Adly, Adly Sofwan

Umur: 21 tahun (2021)

Tarikh lahir: 18 Jun 2000

Keluarga: Anak ketiga daripada enam orang adik beradik

Kerjaya: Penyanyi, komposer, pelakon

Instagram: @ahmad.adly

Latar Belakang Dan Fakta Menarik

1. Minatnya terarah dalam bidang muzik sejak usia 15 tahun.

2. Bergelar penyanyi rakaman sejak tahun 2017.

3. Aktif di laman video, Youtube sejak 2018 menerusi rakaman lagu-lagu cover.

4. Kelibatnya dalam industri hiburan semakin disedari ramai selepas penyertaan dalam program realiti Lagu Cinta Kita Musim Kedua (LCK2) pada awal 2021.

5. Diangkat sebagai pemenang tempat kelima Lagu Cinta Kita 2 bersama pasangan duetnya, Darling.

6. Antara lagu-lagu yang dirakamkannya termasuk Sahabat (ciptaan Haqiem Rusli), Nota Hasratku (ciptaan bersama Yonnyboii), Agenda, Serius dan Bosan: Lady (bersama Allxf).

7. Nota Hasratku akan menghiasi siri drama TV3, Lelaki Pendosa sebagai lagu tema (OST).

8. Mengagumi bakat seni penyanyi Alif Satar dan Bruno Mars yang dijadikannya sebagai rujukan dan idola dalam bidang muzik.

9. Tidak hanya nyanyian, dia juga ingin memahat nama dalam cabang seni lakonan dan pengacaraan, di samping ingin berjaya sebagai seorang ahli perniagaan.

10. Antara bakat terpendam lain yang dimiliki termasuk kemahiran bermain instrumen piano.

11. Ingin berpadu suara dengan penyanyi bervokal unik, Aisyah Aziz.

12. Kenalan rapat kepada penyanyi Ismail Izzani yang adalah teman baiknya sejak di bangku sekolah.

13. Juga bersahabat baik dengan Haqiem Rusli serta beberapa penyanyi generasi baharu yang lain.

14. Kini diikuti lebih 117,000 pengguna Instagram (IG) di akaunnya, @ahmad.adly.

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Tahyul (Slot Samarinda TV3)

Gambar

adly sofwan ig

ahmad adly sofwan

ahmad adly

adly sofwan

biodata ahmad adly sofwan

ahmad adly penyanyi

drama tahyul

pelakon tahyul

tahyul

adly sofwan umur

Kredit foto: Instagram Ahmad Adly Sofwan

Video

Kredit video: Artis Jemputan: Adly Sofwan | WHI (22 Julai 2020)

Sumber:

1. Jatuh, bangun ahmad adly

2. Ditipu rakan industri matangkan Ahmad Adly

3. Antara dunia nyanyian dan perniagaan, yang mana satu pilihan Ahmad Adly?

4. Promosi lagu di Instagram

5. Artis Jemputan: Adly Sofwan | WHI (22 Julai 2020)




Hakcipta iluminasi.com (2017)