Kredit foto: Instagram @darlingofficial_

Biodata

1. Nama sebenarnya, Wan Adlyn Maasyah Mohd Shah. Selain 'Wan Azlyn', beliau turut dikenali sebagai Darling.

2. Berusia 19 tahun.

3. Anak kelahiran Pulau Pinang.

4. Bekas penuntut Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah.

5. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan nyanyian Idola Kecil musim kelima siaran TV9 pada tahun 2012 yang menobatkannya sebagai naib juara.

6. Disunting sebagai artis rakaman FMC Music dengan kontrak pengurusan selama tujuh tahun.

7. Dua single yang dirakamkannya ialah Takkan Ada (duet bersama Viral) pada 2016 dan Izinkan Aku Pergi pada 2017.

8. Selaku pelakon, antara drama dibintanginya seperti Pondok Pakya siaran Astro dan Pengembaraan Ben (TV9). Termasuk teater Puteri Puteri Selindungan Bulan membawa watak sebagai anak raja, Puteri Mek Mulung (permaisuri), Jakey (anak raja), Putera Gajah (anak raja) dan Tun Teja (anak Tun Teja).

9. Instagram miliknya menggunakan nama @darlingofficial_ kini mengumpul lebih 100,000 pengikut.

      

Fakta Menarik

  • Bergelar juara pelbagai pertandingan nyanyian sedari zaman persekolahan lagi.
  • Menyandarkan minat terhadap dunia seni suara sejak usia enam tahun.
  • Fasih berbahasa Cina kerana pernah menuntut di sekolah jenis kebangsaan Cina.
  • Berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina, India, Thailand, Korea, Jepun, Inggeris, Arab, Hokkien dan Kantonis.
  • Menjadikan penyanyi hebat, Shila Amzah sebagai idola dalam usahanya mencipta nama di negara China suatu masa kelak.
  • Ingin menjadi artis versatil dengan mencuba pelbagai cabang seni termasuk bidang lakonan.

Foto

biodata wan azlyn penyanyi lagu menanti di aidilfitri 2

biodata wan azlyn penyanyi lagu menanti di aidilfitri 3

biodata wan azlyn penyanyi lagu menanti di aidilfitri 4

biodata wan azlyn penyanyi lagu menanti di aidilfitri 5

biodata wan azlyn penyanyi lagu menanti di aidilfitri 6

Kredit foto: Instagram @darlingofficial_

Video

Kredit video: Youtube FMC Music

Sumber:

1. FMC Music

2. Harian Metro [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)