Oleh pada 10 Feb 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

       

Chandelier merupakan sebuah drama bersiri arahan Michael Ang, adaptasi daripada novel dengan tajuk sama karya novelis Acik Lana.

Siaran drama ini bakal bermula pada 10 Februari 2020 menerusi slot MegaDrama (Astro Ria). Lakonan oleh Mimi Lana, Ben Amir, Nynaa Harizal, Shasha Abedul, Alif Muhaimin, Aisar Khaled, Norman Hakim, Nadya Syahera dan ramai lagi.

       

drama chandelier 596

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

       

Sinopsis

Keisha Edlina, seorang wanita yang digelar 'gold digger' kerana menggunakan rupa paras dimiliki untuk menggoda lelaki kaya demi meraih kemewahan.

Selepas hubungan selama dua tahun dengan Datuk Eusoff, dia berpaling tadah kepada Tan Sri Emran.

Namun satu insiden ngeri telah menimpa Keisha hingga menyebabkan kecacatan di wajahnya.

Keisha hampir berputus asa untuk hidup, sebelum menemui seorang jejaka tak berharta bernama Kaef yang telah mengubah kehidupannya.

     

Baca: Biodata Pelakan Ben Amir

      

sinopsis chandelier

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

    

Pelakon

Gandingan Mimi Lana dan Ben Amir, serta antara lain menampilkan Nynaa Harizal, Shasha Abedul, Norman Hakim, Nadya Syahera, Alif Muhaimin, Aisar Khaled, Sharifah Shahora, Lydiawati, Zamarul Hisham dan Laila Nasir.

    

Baca: Biodata Pelakon Mimi Lana

Baca: Biodata Pelakon Nynaa Harizal

Baca: Biodata Pelakon Shasha Abedul

Baca: Biodata Pelakon Alif Muhaimin

    

chandelier episod

Kredit foto: Instagram Mimi Lana

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Daripada penerbitan Juita Viden Sdn Bhd dan arahan oleh Michael Ang yang sebelum ini dikenali menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot, Dia Semanis Honey, Hero Seorang Cinderella dan Sweet Dreams.

    

Kredit video: Affan - Niat (Official Video Lyric)

      

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Niat

Penyanyi: Affan

Lirik & Lagu : Affan / Wan Zakaria / Zakaria Mahadi

             

pelakon chandelier

Kredit foto: Instagram Norman Hakim

    

Waktu Siaran

Mulai 10 Februari 2020 menerusi slot Megadrama, Astro Ria pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

    

Kredit video: [EPISOD PENUH] Chandellier - Episod 1

     

Sumber:

1. Wikipedia Chandelier

2. Wikipedia Slot MegaDrama

3. Instagram BamBam Studios

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)