Oleh pada 11 Jan 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Studio Kembara

       

Naskhah sekuel, Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, filem aksi Malaysia tahun 2024 yang merupakan lanjutan daripada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, bakal ditayangkan pada 11 Januari 2024.

         

pendekar awang darah indera gajah

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

       

'Mat Kilau' sebelum ini mencipta kegemilangan dalam sejarah perfileman Malaysia pada tahun 2022 dengan menjadi filem terlaris sepanjang zaman, mengumpul lebih daripada RM97 juta di seluruh negara.

          

awang mat kilau

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

         

Pendekar Awang: Darah Indera Gajah sebagai naskhah epik sejarah terbaru memulakan panggung tempatan 2024 dengan kos RM15 juta, menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Fattah Amin, Fazura, Nadhir Nasar, Namron, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Amerul Affendi, Hasnol Rahmat dan lain-lain.

        

Sinopsis

Karya yang merakamkan sejarah epik pahlawan yang tidak sering terdengar, iaitu kisah 'untold story' tokoh pejuang hebat, Awang, mempunyai kaitan dengan Mat Kilau.

Mengambil inspirasi daripada kisah benar, naskhah ini menggambarkan semangat patriotisme pejuang-pejuang Melayu yang bersinar pada era itu, sambil menonjolkan perpaduan segenap rakyat menjadi benteng kukuh melindungi tanah air tercinta.

Dalam naskhah ini, kita dihidangkan dengan pengisahan yang menarik mengenai perjalanan Tok Gajah dan pahlawan Melayu menuju ke Terengganu.

Dalam kesusahan dan penindasan penjajah pada masa itu, mereka cuba untuk mendapatkan sokongan serta perlindungan Sultan dan pahlawan Melayu di Terengganu.

Perkembangan dalam filem ini berlaku di Pahang, setelah pertempuran akhir Mat Kilau di Kuala Tembeling, dengan arahan British kepada Kapten Syers untuk segera menangkap Tok Gajah.

British mahukan penghapusan Tok Gajah serta para pengikutnya.

Dalam usaha penyelamatan, Awang, watak utama filem ini yang juga adik kepada Mat Kilau, menghadapi pelbagai rintangan dan pertempuran, dalam menunaikan tanggungjawab menjaga keselamatan Tok Gajah daripada dibunuh oleh tentera British semasa pengiringan.

Awang terpaksa melindungi Haji Sulong serta memastikan Tok Gajah selamat meninggalkan Pahang menuju ke Terengganu.

Dihadapkan dengan tentera British yang diketuai oleh Kapten Syers, adakah Awang akan berjaya mengalahkan dan menewaskan Kapten Syers kali ini?

         

pendekar awang movie

Kredit foto: Instagram TGV Cinema

         

Dalam pada itu, filem ini turut mengangkat tema pemerkasaan wanita dengan mengupas perjuangan isteri Awang sebagai srikandi, yang memainkan peranan penting dalam kejayaan seorang lelaki semasa menentang penaklukan British di Tanah Melayu.

         

pendekar panglima awang wikipedia pengarah review netflix online

Kredit foto: Instagram Studio Kembara

         

Walaupun berusaha menyelami realiti kisah sebenar mengenai perjuangan Tok Gajah bersama anak tempatan dalam menentang penjajah, iaitu sebagai medium untuk mendedahkan kisah di sebalik sejarah, namun unsur fiksyen tetap diterapkan untuk memberikan alur cerita tentang situasi lampau ini lebih merangsang minat.

        

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem Anak Perjanjian Syaitan 2 (2024)

Baca: 10 Filem Melayu Malaysia Terbaru (2023 / 2024), Mesti Tonton!

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (2022)

         

Pelakon / Cast

Memperkukuhkan kehebatan naskhah dalam membawakan watak-wataknya ialah penyertaan pelakon-pelakon handalan seperti Fattah Amin, Fazura, Namron, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Heliza Helmi, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Hasnul Rahmat.

Terlibat bersama, Ali Karimi, Hazwani Helmi, Azrel Ismail, Mawi, Syed Ali Murtadha, Dian P. Ramlee, Andy Teh dan Faizal Tahir.

Tidak juga ketinggalan, Datuk Hilal Azman, Ruzaidi Abdul Rahman, Geoff Andre Feyaerts, Reza Hilman, Sathis Varan, Tissa Biani, Saifulwazein, John Bear dan Wak Di.

        

Watak Pelakon

Fattah Amin sebagai Awang

Nur Fazura sebagai Sayang

Nadhir Nasar sebagai Tahir

Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah

Amerul Affendi sebagai Tobah

Datin Sri Heliza Helmi sebagai Siti

Amir Ahnaf sebagai Andak

Hasnul Rahmat sebagai Kodi

Nam Ron sebagai Haji Sulong

Ali Karimi sebagai Brahim

Datuk Hilal Azman sebagai Penghulu Hassan

Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers

Dian P. Ramlee sebagai Mak Senah

Faizal Tahir sebagai Utusan To' Ku Paloh

Hazwani Helmi sebagai Minah

Andy Teh sebagai Sachai

Azrel Ismail sebagai Tok Janggut

Mawi sebagai Tok Kenali

Syed Ali Murtadha sebagai Nadim

Ruzaidi Abdul Rahman sebagai Jalak

Reza Hilman sebagai Dahlan

Tissa Biani sebagai Besah

John Bear sebagai Sitong

Sathis Varan sebagai Sugur

Saifulwazein sebagai Samut

Wak Di sebagai Jalak

         

pelakon pendekar awang

Kredit foto: Instagram GSC Cinema

          

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem ini hasil daripada usaha bersama pengarah Shaharudin Md Dali dan Saiful Reza Shukor, serta Shaharudin Mat Dali sebagai penulis skrip dan Studio Kembara Sdn Bhd sebagai produksi.

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Darah Bangsa - Faizal Tahir (OST "Pendekar Awang" | Official Lyric Video)

        

Tajuk: Darah Bangsa

Penyanyi: Faizal Tahir

Komposer & Penulis lirik: Faizal Tahir, Glowrush

        

Tarikh Tayangan

Penayangan filem ini di pawagam dijadualkan untuk dinikmati di seluruh negara, termasuk Singapura dan Brunei, mulai 11 Januari 2024.

        

Kutipan

12 jam tayangan - RM500,000

56 jam tayangan - RM2.4 juta

Kemaskini 28 Januari - RM4.37 juta

Kemaskini 4 Februari - RM5 juta

Kemaskini 12 Februari -  RM5.4 juta

Kemaskini 16 Mac - RM5.8 juta

         

(Kutipan akan dikemaskini dari semasa ke semasa)

       

        

Judul: Pendekar Awang: Darah Indera Gajah

Genre: Aksi, Sejarah, Pengembaraan, Drama

Bahasa: Melayu

Kos pembikinan: RM15 juta, termasuk bajet promosi

Durasi: 1 jam 50 minit

         

Kredit video: Filem Pendekar Awang : Darah Indera Gajah - Full Official Movie Trailer. Release date 11 Januari 2024

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)