Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

    

Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya yang juga dikenali sebagai Intan Ladyana merupakan seorang aktres, model dan hos tempatan yang mula mencipta nama menerusi drama Puteri di saluran TV3.

Bermula daripada kaca televisyen, dia kemudiannya membintangi beberapa filem popular seperti Adnan Sempit, Jangan Pandang Belakang, I'm Not Single dan V3: Samseng Jalanan.

Menerusi segmen biodata kali ini, kami berkongsi profil dan latar belakangnya.

   

Biodata

1. Nama penuhnya, Intan Nurladyana binti Mohamat Yahaya. Menggunakan nama komersial, Intan Ladyana.

2. Lahir di Petaling Jaya, Selangor pada 2 Jun 1982. Membesar di Kuala Lumpur.

3. Kini berusia 37 tahun.

4. Anak kedua daripada tiga orang adik-beradik.

5. Merupakan model, pelakon dan pengacara yang mula bergiat dalam dunia hiburan sejak tahun 2006.

6. Kariernya sebagai model bermula di usia 23 tahun selepas penyertaan dalam Pusingan Kedua Dewi Remaja 2005/06.

7. Antara drama dibintanginya seperti Puteri, Sutera Maya, Jika Itu Takdirku, Semusim Rindu, Dia dan Rumah Siti Khadijah.

8. Termasuk telefilem Taxi Driver, Puaka Topeng Putih, Kekasihku Is Setan, Pengancam Perkahwinan, Antara Dua Deru dan banyak lagi.

9. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Tipah Tertipu The Movie, Adnan Sempit, Bini-Biniku Gangster dan Banglo Berkunci.

     

Baca: Biodata Penyanyi Harris Alif, Kekasih Intan Ladyana

Baca: Info Penuh Majlis Nikah / Kahwin Intan Ladyana dan Harris Alif

     

Fakta Menarik

  • Berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada pusat pengajian di United Kingdom.
  • Pernah menetap di Budapest, Hungary selama enam bulan.
  • Antara selebriti yang pernah dikaitkan bercinta dengannya termasuk aktor Kamal Adli dan pakar kecergasan, Kevin Zahri.

   

Foto

intan ladyana kahwin

intan ladyana instagram

drama rumah siti khadijah 600

umur intan ladyana

kekasih intan ladyana 413

Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

   

Video

Kredit video: Youtube Meletop

   

Sumber:

1. Wikipedia Intan Ladyana

2. Intan Masih Minat Berlakon

3. Cinta Intan-Kevin Retak Bukan Kerana Orang Ketiga

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)