Oleh pada 04 Jun 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Official Ada Apa Dengan Dosa

    

Ada Apa Dengan Dosa merupakan sebuah filem drama Islamik 2020 arahan Rahila Ali terbitan Pencil Pictures & Records.

Menampilkan gandingan pelakon Wanna Ali, Haris Ismail (PU Riz), Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

   

pelakon ada apa dengan dosa

Kredit foto: Instagram Official Ada Apa Dengan Dosa

   

Sinopsis

Aurora (Wanna Ali), seorang gadis berusia 19 tahun yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan oleh sebuah keluarga bukan Islam di Eropah.

Selepas mengetahui identiti dirinya, Aurora yang kecewa nyaris membunuh diri, sebelum kehadiran seorang jejaka bernama Khaliq (Haris Ismail) yang mengubah kehidupannya.

Khaliq menemani Aurora dalam usaha pencarian ibu bapa kandungnya yang berada di Malaysia.

Ibu kandung Aurora, Siti Zahrah (Fasha Sandha) masih lagi dibelenggu dengan dosa masa lampau. Manakala bapa kandungnya, Ustaz Aariz (Ashraf Muslim) yang juga seorang ustaz terkenal enggan lagi dibayangi kisah silam, lantas menidakkan kehadiran Aurora sebagai anak kandungnya kerana bimbang maruahnya akan tercalar di mata masyarakat.

   

ada apa dengan dosa

Kredit foto: Instagram Official Ada Apa Dengan Dosa

   

Pelakon

Dibintangi Wanna Ali, Haris Ismail (PU Riz), Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Adam Corrie, Fauziah Nawi dan ramai lagi.

   

Baca: Biodata Pelakon Wanna Ali

Baca: Biodata Pelakon Haris Ismail (PU Riz)

Baca: Biodata Pelakon Fasha Sandha

Baca: Biodata Pelakon Ashraf Muslim

   

filem ada apa dengan dosa 279

Kredit foto: Instagram Official Ada Apa Dengan Dosa

    

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah filem terbitan Pencil Pictures & Records di bawah arahan sutradara Rahila Ali.

   

Kredit video: Alyah - Hakikat Jiwa [Official MUSIC Video OST Filem Ada Apa Dengan Dosa]

   

Lagu Tema (OST)

Tajuk: Hakikat Jiwa

Penyanyi: Alyah

Komposer: Omar K, Ikhwan Fatanna & Alyah

Lirik: Omar K, Ikhwan Fatanna & Alyah

   

ada apa dengan dosa astro first

Kredit foto: Instagram Official Ada Apa Dengan Dosa

   

Tarikh Tayangan

Ada Apa Dengan Dosa bakal ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun 2020 memandangkan pawagam yang masih ditutup kerana keadaan semasa yang masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

   

Cara Langgan Ada Apa Dengan Dosa

Pergi ke Astro First di saluran 480 dan dengan bayaran RM15, penonton dapat menikmati tayangan filem ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

   

Kredit video: [TAYANGAN PERDANA] Ada Apa Dengan Dosa - Di Astro First Saluran 480 Bermula 4 Jun 2020

   

Kredit video: Ada Apa Dengan Dosa - Official Trailer [HD] DI PAWAGAM RUMAH ANDA 4 JUN 2020

   

Sumber:

1. Tonton filem Ada Apa Dengan Dosa di rumah

2. Instagram Pencil Pictures & Records

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)