Oleh pada 16 May 2024 kategori

Kredit foto: Instagram Dee Company

       

Sebuah filem seram terbaru dari Indonesia, Vina: Sebelum 7 Hari (Vina: Before 7 Days) telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen Indonesia dan Malaysia baru-baru ini. "Vina: Sebelum 7 Hari" dijadualkan akan tayang di pawagam Malaysia pada 16 Mei 2024.

Untuk makluman anda, filem ini berdasarkan kisah benar seorang gadis yang meninggal dunia secara misteri di Cirebon.

        

vina 7 hari

Kredit foto: Instagram Dee Company

        

Ia berkisarkan kisah tragis Vina yang cuba membalas dendam dengan menggunakan tubuh sahabatnya, Linda untuk mendedahkan kebenaran pahit di sebalik pembunuhan dan rogol yang berlaku terhadapnya, sekaligus mengungkap konspirasi geng motor dan cinta gelap yang menjadi dalang di sebalik tragedi memilukan itu.

        

Sinopsis

Roh Vina menolak untuk menerima kematiannya diklasifikasikan sebagai kemalangan dan bersumpah untuk membalas dendam...

Cerita ini berdasarkan kisah benar, mengisahkan tentang perjuangan Vina untuk mendedahkan kebenaran di sebalik pembunuhan dan rogol yang dialaminya.

        

movie vina

Kredit foto: Instagram Dee Company

       

Pada tahun 2016, seorang pelajar berusia 16 tahun, Vina dan kekasihnya, Eky, ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengerikan di sebuah jejambat di Cirebon. Meskipun keluarga mereka awalnya menganggap itu sebagai kemalangan jalan raya, polis menemui perkara yang mencurigakan lantas memulakan siasatan lanjut.

Melihat cucunya yang seakan teraniaya, nenek Vina juga berasa curiga. Walaupun tidak mempunyai bukti yang mencukupi, dia meragui laporan polis.

Enam hari selepas kematian pasangan itu, sahabat karib Vina, Linda, meminta keluarga Vina datang ke rumahnya. Semasa perjumpaan itu berlangsung, tiba-tiba Linda dirasuk. Tubuhnya bertukar sejuk. Sambil menangis, dia memberitahu bahawa kematian Vina bukanlah disebabkan oleh kemalangan, tetapi adalah kes pembunuhan dan rogol.

Roh Vina yang muncul dalam tubuh Linda menceritakan kebenaran, tujuh hari sebelum kematiannya, menerangkan kronologi bahawa dia dan Eky diserang oleh 12 ahli kumpulan penunggang motosikal, dipukul dan diragut maruah, sebelum dibunuh oleh seorang daripada mereka, Egi, yang cemburu dan memendam cinta terhadap Vina.

        

Baca: Info, Sinopsis, Kutipan Filem The Experts (2024)

Baca: Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan (2024), Kini Di Platform Netflix!

Baca: 10 Filem Seram Thailand 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton, Juga Tersedia Online!

Baca: 10 Filem Seram Netflix Malaysia Paling 'Berhantu' (2024) - Wajib Tonton!

Baca: 8 Filem Seram Indonesia 'Berhantu' Terbaru Mesti Tonton (2022 / 2023), Juga Tersedia Online!

         

vina sebelum 7 hari malaysia

Kredit foto: Instagram Dee Company

        

Pelakon / Cast

Nayla D Purnama, Lydia Kandou dan Gisellma Firmansyah adalah pelakon utama yang mengemudi watak-watak penting dalam Vina: Sebelum 7 Hari.

        

vina sebelum 7 hari

Kredit foto: Instagram Dee Company

        

Filem ini juga dipersembahkan dengan peranan daripada pelakon-pelakon berbakat Indonesia seperti Pritt Timothy, Delia Husein, Fahad Haydra, Yusuf Mahardika, Aruma Khadijah, M Imran Ismail, Septian Dwi Cahyo dan Cinta Dewi. Tidak ketinggalan, Ridwan Kainan, Ozan Arkananta, Niniek Arum, Risma Nilawati, Rio Maland, Eduward Manalu, Firman Ferdiansyah dan Arya Panji.

        

Watak Pelakon

Nayla D. Purnama sebagai Vina

Lydia Kandou sebagai Nenek Vina

Gisellma Firmansyah sebagai Linda

Pritt Timothy sebagai Datuk Vina

Fahad Haydra sebagai Egy

Delia Husein sebagai Marlyna

Yusuf Mahardika sebagai Zaki

M Imran Ismail sebagai Dani

Aruma Khadijah sebagai Nurul

Septian Dwi Cahyo sebagai Bapa Vina

Cinta Dewi sebagai Ibu Linda

Ridwan Kainan sebagai Hadi

Ozan Arkananta sebagai Deden

Niniek Arum sebagai Hesti

Risma Nilawati sebagai Ibu Egy

Rio Maland sebagai Bapa Egy

Eduward Manalu sebagai AKBP Indra

Arya Panji sebagai Suprianto

Firman Ferdiansyah sebagai Eka Sandi

       

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Digarap oleh pengarah Anggy Umbara, Dirmawan Hatta dan Bounty Umbara dikreditkan sebagai penulis skrip, manakala produksi pula oleh syarikat Dee Company.

       

Tarikh Tayangan

Tayangan filem ini akan dimulakan pada 16 Mei 2024 di layar perak pawagam (Malaysia).

         

vina cinema gsc tgv mbo lfs showtime tiket wayang online

Kredit foto: Instagram Dee Company

        

Terdahulu, peluncuran filem ini untuk tayangan di layar lebar Indonesia berlangsung bermula 8 Mei 2024.

       

Judul: Vina: Sebelum 7 Hari (Vina: Before 7 Days)

Genre: Seram, Thriller

Bahasa: Indonesia

Durasi: 1 jam 40 minit

Klasifikasi: 18

        

Kredit video: Film VINA: Sebelum 7 Hari - Full Official Movie Trailer , Release Date 8 Mei 2024

        




Hakcipta iluminasi.com (2017)