Biodata

1. Pemilik nama penuh Mohd Hanaffi bin Razak. Nama popularnya, Ajak Shiro.

2. Lahir pada 6 Januari 1986 di Kluang, Johor, Malaysia. Kini berusia 33 tahun (2019).

3. Anak kepada pasangan Razak bin Pakon (bapa) dan Rosiah binti Othman (ibu).

4. Merupakan pelakon, pengacara, penyampai radio dan pelawak.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

6. Bakatnya dikesan menerusi rancangan pencarian bakat komedi, Raja Lawak musim keenam.

7. Merupakan anggota kumpulan lawak, Shiro bersama rakannya, Shahrol.

8. Mendirikan rumah tangga dengan Nur Afifah binti Amin pada tahun 2002 dan sehingga kini dikurniakan tiga orang anak.

9. Pernah membintangi filem Ustaz Mu Tunggu Aku Datang, Suatu Malam Kubur Berasap 2 dan Rempit Sampai Langit.

10. Pembabitannya dalam drama menerusi Ini Malam Betul Raya, Bila Hati Telah Hitam, Tanah Kubur (musim 14), Yem Rempit, Buana Oh Buana dan Elak Elak (musim kedua).

11. Juga telefilem Shiro Bermula Sebuah Cerita, Mujibur Mari, Wak Sayang Lu, Ustaz Ku Takut Kau Datang dan Isteriku Bukan Tukang Masak.

12. Pernah bersaing dalam pertandingan komedi seperti Raja Lawak, Maharaja Lawak Mega, Super Spontan, Super Spontan All Star, Juara Parodi dan Bintang Bersama Bintang.

13. Diiktiraf sebagai juara Raja Lawak musim keenam (2012), tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2012 (2012/2013), naib johan Maharaja Lawak Mega 2013 (2013/2014), tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2014 (2014/2015), tempat ketiga Juara Parodi 2015 (2015/2016), tempat keempat Maharaja Lawak Mega 2016, naib johan Maharaja Lawak Mega 2017 dan johan Maharaja Lawak Mega 2018 (2018/2019).

14. Sebagai pengacara, beliau pernah menghoskan rancangan I Boom, Galaksi, Melodi dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

15. Turut bergelar juruhebah stesen radio Hot FM sejak tahun 2016, namun mengumumkan untuk menghentikan perkhidmatannya pada Januari 2019 kerana ingin memberi fokus kepada bidang lakonan.

Foto

biodata dan latar belakang pelawak ajak shiro 2

biodata dan latar belakang pelawak ajak shiro 3

biodata dan latar belakang pelawak ajak shiro 4

biodata dan latar belakang pelawak ajak shiro 5

biodata dan latar belakang pelawak ajak shiro 6

Video

Kredit:

1. Wikipedia

2. Kosmo

3. Mstar

4. Instagram Ajak Shiro

5. Instagram Shahrol Shiro

6. Youtube Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)