Biodata

Nama penuh: Farah Nabilah binti Saipuddin

Nama popular: Farah Nabilah

Tarikh lahir: 10 Mac 1992

Umur: 26 tahun

Tempat lahir: Selangor, Malaysia

Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Upper Iowa University: Malaysia Campus Program, Universiti SEGi

Pekerjaan: Pelakon dan model

Media sosial: Instagram @farahnabilahofficial

Fakta Menarik

1. Mula bergiat dalam dunia seni menerusi bidang komersial selepas selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu pada tahun 2011.

2. Kemudiannya Farah mengambil keputusan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Upper Iowa University: Malaysia Campus Program, Universiti SEGi dalam tempoh empat tahun.

3. Selepas itu, rezeki berpihak kepadanya apabila memenangi Program Pencarian Wajah Aurawhite yang seterusnya meletakkan beliau sebagai jurucakap produk Aurawhite.

4. Asalnya Farah ingin dikenali dengan nama Fawa dalam dunia seni, sebelum akhirnya menukar kepada nama lahirnya.

5. Mula berlakon pada tahun 2015 dan beberapa drama dibintangi beliau yang mendapat perhatian meluas seperti Inikah Cinta (2016), Papa Ricky (2017), Titian Cinta (2017), Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018) dan terkini, Cik Reen Encik Ngok Ngek (2018).

6. Selain itu, Farah turut menjayakan drama Imam Mudaku Romantis (2016), Ustaz Pink (RTM), Mocha Kau Bahagia (2017) dan Mocha Kau Bahagia 2 (2018).

7. Manakala pembabitan beliau dalam telefilem pula menerusi Tersuka Tanpa Sengaja Raya (2016), Mati, Tunggu Sekejap (2016), Tumbangkan Masjid Al-Ansar (2016) dan Adakah Aku Bersalah (TV3). Tidak ketinggalan muncul sebagai penampilan istimewa dalam filem Mana Mau Lari (2014) arahan Prof. Datuk A. Razak Mohaideen.

8. Farah juga aktif sebagai model dalam beberapa video muzik lagu popular iaitu menerusi Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz), Bayang (Khai Bahar), Sejarah Cinta (Syalyn) dan Meskipun Kau Tahu (Projector Band).

9. Karier Farah diiktiraf dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 apabila memenangi trofi Artis Baharu Wanita Popular, selain meraih kemenangan dalam kategori Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era ke-5. Malah beliau turut menerima beberapa pencalonan lain termasuk dalam Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke-5 meskipun gagal membawa pulang sebarang trofi.

Foto Terkini

biodata farah nabilah pelakon drama cik reen encik ngok ngek 4 54

biodata farah nabilah pelakon drama cik reen encik ngok ngek 2

biodata farah nabilah pelakon drama cik reen encik ngok ngek 3

biodata farah nabilah pelakon drama cik reen encik ngok ngek 5

biodata farah nabilah pelakon drama cik reen encik ngok ngek 6

Kredit:

1. Wikipedia Farah Nabilah

2. Utusan Online

3. Instagram Farah Nabilah




Hakcipta iluminasi.com (2017)