Biodata

Nama penuh: Zamatul Amri bin Zakaria

Nama popular: Tauke Jambu

Tarikh lahir: 7 April 1976

Umur: 43 tahun

Kelahiran: Johor Bharu, Johor, Malaysia

Pekerjaan: Pelawak, pelakon, pengacara, penyanyi, penulis skrip, juruhebah radio dan pengarah

Media sosial: Instagram @taukejambu

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2001 melalui penyertaan dalam program Sinaran Passport Kegemilangan bersama Kumpulan Tak Tahu Menahu. Namun rezeki tidak berpihak kepadanya.

2. Sekali lagi Tauke mempertaruhkan nasib dalam rancangan pencarian bakat komedi, Raja Lawak Astro musim pertama pada tahun 2007. Berjaya menduduki tangga keempat.

3. Kemudiannya, Tauke bergandingan pula dengan Allahyarham Yus Raja Lawak membentuk kumpulan Jambu dalam Maharaja Lawak 2011. Nyata mereka mampu berbangga dengan pencapaian berada di tempat keempat.

4. Sewaktu Super Spontan pada tahun 2012, beliau meraih kedudukan ketiga.

5. Banyak lagi penyertaannya dalam pertandingan komedi seperti Juara Parodi, Maharaja Lawak Mega, Redah Kasi Pecah Ekstravaganza, Super Spontan All Stars, Super Spontan Superstar dan Super Spontan Extravangza.

6. Antara filem lakonannya seperti Jutawan Fakir, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Abang Long Fadil, Mana Mau Lari, Hantu Bungkus Ikat Tepi, Ada Apa Dekat Bas Stop, Rempit Sampai Langit dan Hero The Movie.

7. Pembabitan dalam telefilem pula antaranya menerusi Ulat-Ulat Cinta, Kesempatan Dalam Kesempitan, Cinta Si Sukun, Osman Berani, Jambu Hanyut, Bongkah Bahulu Angkasa Raya dan Rongples Rongtaim.

8. Beliau turut membintangi drama Rabunnya Cinta, Gerabak, LawaKing, Carca Marba, Jejaka J, Hantu Gigi, Berita Hangit, Pondok Jambu dan banyak lagi. Termasuk teater Lawak SuperHero dan pementasan Lawak Ke Der 3.

9. Sebagai hos, beliau pernah mengacarakan rancangan Terkono, Tiada Lama Tiada Baharu, Lat Tali Lat dan Dangdut Star.

10. Mendirikan rumah tangga dengan Nadia Mohd Affandi pada 9 Disember 2017, kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Zamatul Khayla Aydina pada 26 Oktober 2018.

Foto

biodata dan latar belakang tauke jambu 2

biodata dan latar belakang tauke jambu 3

biodata dan latar belakang tauke jambu 4

biodata dan latar belakang tauke jambu 5

biodata dan latar belakang tauke jambu 6

          

Kredit:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. Instagram Tauke Jambu




Hakcipta iluminasi.com (2017)