Oleh pada 14 Apr 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

Lirik

Lagu: Pudar

Penyanyi: Indah Ruhaila

Komposer: Amylea

Lirik: Amylea

          

Aku selalu rindu

Sepi membunuhku

Kedinginan malam menghantui

         

Hanya engkau tahu

Kekurangan ini

Tiada kan menyembuh selain mu

       

Aku terlalu jauh

Jauh untuk kembali padamu

         

Pudar harapan ku makin pudar

Jikaku terus berlari

Duniaku tiada henti

       

Hadirkanlah satu untuk menemaniku

Membawa diri ku didekatmu

        

Bukalah mataku

Bukalah hati untuk menerima cinta darimu

Jika kau berikan semula hidupku takkan pudar

          

Kredit video: Youtube Nova Music Videos

        

Info

  • Bakat Siti Ruhailah Hussein atau nama komersialnya, Indah Ruhaila dikesan menerusi program realiti, Akademi Fantasia 2013 yang mana pada musim itu antara lain turut melahirkan penyanyi Hael Husaini, Nabila Razali, Aisyah Aziz, Amira Othman dan ramai lagi.
  • 'Pudar' merupakan single sulung Indah di bawah naungan syarikat rakaman Nova Music (M) Sdn. Bhd.
  • Terpilih sebagai antara lagu tema drama rantaian, Nur 2 yang bersiaran menerusi slot Samarinda di TV3 sejak 2 April lalu.
  • Mula berada di platform digital pada 29 Mac.
  • 'Nur' musim pertama sebelum ini mencipta rekod dengan jumlah ‘rating’ tertinggi sebanyak 13 juta tontonan.
  • Kerana masalah kesihatan dan jadual yang tidak mengizinkan, Indah terlebih dahulu menolak menyanyikan single ini yang sepatutnya menjadi runut bunyi drama Nur musim pertama tahun lalu.
  • Senikata 'Pudar' mengangkat kisah kehidupan watak 'Nur' sendiri.
  • Lain-lain lagu yang pernah dipopularkan Indah sebelum ini seperti Percayalah pada tahun 2013, Di Sebalik Takdir (2015), Cerita Cinta Kita (2015, duet bersama Ewal), Semua Untuk Cinta (2016) dan Kau Yang Satu (2017).

           

lirik lagu pudar indah ruhaila 2

Kredit foto: Instagram Indah Ruhaila

          

Sumber:

1. Wikipedia [1, 2]

2. BH Online

3. Harian Metro

4. MHE TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)