Oleh pada 05 Jul 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

      

Slot Samarinda TV3 akan dihiasi dengan kehadiran drama adaptasi, Obsesi Dia, yang berdasarkan novel 'The Witness' yang ditulis oleh Suhailah Selamat, menggantikan siri Malam Zulaikha.

        

sinopsis obsesi dia

Kredit foto: Instagram Drama Sangat

        

Mulai 5 Julai 2023, drama bersiri ini akan memenuhi skrin TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.

      

Sinopsis

Ulang tahun ke-18 kelahiran Affiyah yang seharusnya menjadi momen indah berubah menjadi tragedi ketika dia tanpa sengaja menjadi saksi pembunuhan. Affiyah terpaksa menyembunyikan peristiwa yang dia saksikan saat diugut oleh pembunuh yang mengenakan jaket hud.

Affiyah bertekad untuk menjaga rahsia pembunuh itu dari pengetahuan orang di sekelilingnya.

Dalam sekelip mata, hidupnya berubah. Affiyah dibawa ke hospital selepas mengalami trauma dan lupa ingatan. Ibunya memaksa Affiyah yang gelisah untuk mengungkapkan apa yang telah dia saksikan.

Pada akhirnya, Affiyah menceritakan kejadian tersebut dan ibunya berhasrat untuk membuat laporan kepada polis. Namun, ketika pembunuh berjaket hud ini mengetahuinya, kemarahannya meletus dan dengan pantas mengakhiri riwayat hidup ibu Affiyah.

Sejak itu, Affiyah hidup dalam ketakutan dan trauma ketika orang-orang yang dikenalinya satu per satu menghilang dan menjadi korban pembunuhan. Affiyah berusaha sedaya mungkin untuk menyembunyikan segala rahsia tentang pembunuh berjaket hud itu. Kemunculan Zacky, buah hati lama Affiyah, membantu mengurangkan beban perasaannya.

Adakah siri pembunuhan ini akan terus berlanjutan? Mampukah pembunuh berjaket hud itu ditundukkan? Atau Affiyah akan menjadi mangsa berikutnya sebelum dia sempat bertindak?! Berlari sejauh mana pun, takdir pasti akan menghadapkannya dengan si pembunuh psiko ini kerana antara mereka, hanya seorang yang akan selamat.

        

Baca: 8 Filem, Drama Seram Melayu 'Berhantu' Terbaru (2023), Mesti Tonton!

        

obsesi dia episod

Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia

        

Pelakon / Cast

Menampilkan gandingan antara Sophia Albarakbah, Zaki Azeman dan Zahiril Adzim sebagai watak utama, dan turut dibarisi oleh pelakon-pelakon ternama tanah air, seperti Fify Azmi, Ashraf Muslim, Alif Hadi, Jay Iswazir, Razman Mahayuddin, Natasya Mahyan, Kak Girl, Oshin Ahmad, Erry Putra, Anne Abdullah, Rahim Jailani, Elmy Moin, Anies Hann dan Faha Azhar.

         

Baca: Biodata Pelakon Zaki Azeman

        

Watak Pelakon

Sophia AlBarakbah sebagai Aaliyah / Aafiyah

Zaki Azeman sebagai Zacky

Zahiril Adzim sebagai Rafeeq Mikhael

Fify Azmi sebagai Adelia

Ashraf Muslim sebagai Rizq

Alif Hadi sebagai Rafeeq Adam

Jay Iswazir sebagai Doktor Zahin

Razman Mahayuddin sebagai Amir

Natasya Mahyan sebagai Doktor Flora

Kak Girl sebagai Susan

Anne Abdullah sebagai Puan Leia

Rahim Jailani sebagai Dato Kaisar

Erry Putra sebagai Luzman

Oshin Ahmad sebagai Kayla

Elmy Moin sebagai Tengku Fateh

Anies Hann sebagai Nura

Faha Azhar sebagai Khair

         

drama obsesi dia

Kredit foto: Instagram Zaki Azeman

         

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Obsesi Dia, sebuah siri drama yang diterbitkan oleh Saphire Screen Sdn Bhd, disutradarai oleh Eoon Shuhaini dan menggunakan khidmat penulisan naskhah skrip oleh Soula Nordin dan Chinta Nadeesha (PGR's Team).

       

Lagu Tema (OST)

Kredit video: DI HUJUNG MIMPI - BLACK [OFFICIAL MUSIC VIDEO OST OBESESI DIA]

       

Tajuk: Di Hujung Mimpi

Penyanyi: Black

Komposer: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

Penulis lirik: Hanis Rafi, Firdaus Rahmat, Omar K

         

pelakon obsesi dia

Kredit foto: Instagram Anies Hann

       

Waktu Siaran

Menampilkan sebanyak 15 episod, drama ini akan dipaparkan secara bersiri mulai 5 Julai 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 10 malam di slot Samarinda, saluran TV3.

Rancangan ini juga boleh ditonton di platform penstriman Media Prima, Tonton, dengan melanggan perkhidmatan TontonUp.

      

Tajuk cerita? Obsesi Dia

Berapa episod? 15 episod

Setiap hari apa? Isnin hingga Khamis

Bila tayang? Jam 10 malam

Tonton di mana? TV3 dan platform online, Tonton

        

Kredit video: The Making Of Obsesi Dia

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)