Kredit foto: Instagram Ainin Batrisya

   

Ainin Batrisya merupakan antara pelakon yang menjayakan drama bersiri, Satukan Rasa diterajui pasangan duet, Siti Nordiana dan Khai Bahar.

Antara lain, Satukan Rasa membariskan Nine, Shasha Abedul, Yusuf Bahrin, Isyariana, Che Azmi, Che Kem, Nina Juren, Nadya Syahera, Raja Azmi, Malek Mccrone , Helmy Hakim dan ramai lagi.

Diarahkan Hadith Omar, drama ini mula ke udara mulai 4 November 2019 menerusi slot Megadrama, saluran Astro Ria.

   

Biodata Ainin Batrisya

1. Nama sebenarnya, Ainin Batrisya Iskandar Zulkarnain. Dikenali sebagai Ainin Batrisya.

2. Berusia 10 tahun (2019).

3. Berdarah campuran Cina, Melayu, India, Arab dan Bugis.

4. Merupakan anak ketiga daripada empat orang adik-beradik.

5. Berkecimpung dalam dunia seni sebagai pelakon dan model.

6. Kerjayanya bermula di usia tiga tahun sebagai model tudung kanak-kanak yang diniagakan ibunya, Norasidah Baharuddin, 43. Ketika itu beliau turut membintangi beberapa iklan komersial.

7. Selain drama Satukan Rasa, lain-lain lakonannya menerusi filem Harmonika, Keep It Up Selamat Hari Jadi dan Soulmate Hingga Jannah.

8. Bercita-cita ingin menceburi bidang masakan sebagai cef apabila meningkat dewasa kelak.

   

Fakta Menarik

  • Bukan sahaja bergelar model untuk produk keluaran tempatan, malah jenama antarabangsa yang menuntutnya menjalani penggambaran di Eropah, Australia dan Singapura.
  • Mempunyai alahan pada ayam, telur ayam dan makanan-makanan yang berasaskan telur ayam. Beliau kini menjalani rawatan untuk menangani masalah itu.
  • Gemar memasak dan membantu ibunya di dapur. Antara juadah yang mampu disediakannya termasuk kuih jemput-jemput pisang.

   

Foto

ainin batrisya dulu

ainin batrisya ig

pelakon ainin batrisya

ainin batrisya satukan rasa

ainin batrisya 497

sinopsis satukan rasa 778

drama satukan rasa 225

wikipedia ainin batrisya

ainin batrisya instagram

pelakon satukan rasa 396

latar belakang ainin batrisya

umur ainin batrisya

Kredit foto: Instagram Ainin Batrisya

   

Sumber:

1. Dilamar Produk Antarabangsa

2. Wikipedia Slot Megadrama

  




Hakcipta iluminasi.com (2017)