Oleh pada 13 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram @bulat_reenduyou

Kisah Mr Cinderella merupakan sebuah drama Malaysia 2021 yang menampilkan pasangan pelakon Hafeez Mikail dan Reen Rahim sebagai teraju utama.

Karya garapan Rahila Ali sebagai pengarah ini menemui peminat drama melayu mulai 7 Februari 2021 di saluran TV Okey.

kisah mr cinderella episod

Kredit foto: Instagram Kodi Rasheed

Sinopsis

Mengisahkan Affan, seorang pemuda yang bijak dan penyabar dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap keluarga, meskipun sering menjadi mangsa buli ibu dan kedua abang tirinya.

Kerana patuh dengan amanah bapanya, Affan sanggup melupakan impian untuk menyambung pengajian dalam bidang muzik.

   

drama kisah mr cinderella

Kredit foto: Instagram @reenduyou.official

Pelakon

Menggandingkan pelakon Hafeez Mikail dan Reen Rahim.

Antara lain turut dibantu Ikmal Amry,Jaa Suzuran, Amyza Aznan, Kodi Rasheed, Arash Mohd, Joyce Harn dan Jesse Lim.

   

Baca: Biodata Hafeez Mikail

Baca: Biodata Reen Rahim

Baca: Biodata Ikmal Amry

   

sinopsis kisah mr cinderella

Kredit foto: Instagram Jaa Suzuran

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya daripada syarikat produksi Elisa Vision Sdn Bhd dengan menggunakan khidmat arahan sutradara Rahila Ali.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Ingin Selalu

   

Tajuk: Ingin Selalu

Penyanyi: Hafeez Mikail

      

pelakon kisah mr cinderella

Kredit foto: Instagram @reenduyou.official

Waktu Siaran

Tayangan selama 13 episod di saluran TV Okey mulai 7 Februari 2021, setiap Sabtu dan Ahad, jam 7 malam.

Juga dimuatkan di portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan RTM Mobile. Aplikasinya boleh didapati di Google Play dan App Store.

     

Sumber:

1. “Kisah Mr Cinderella” dan “Rudy vs Jolie” Dua Drama Bersiri Terbaharu Taruhan RTM

2. Unit Drama TV RTM




Hakcipta iluminasi.com (2017)