Oleh pada 06 Feb 2021 kategori

Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

    

'Hari Kita Jatuh Cinta' merupakan sebuah drama rantaian Malaysia 2021, adaptasi novel bertajuk sama karya Shera Zulghafar.

 

Arahan Rahim Zali menerusi gandingan pelakon Intan Ladyana dan Azlee Khairi ini menemui penonton di slot Drama Ohsem, saluran Awesome TV.

   

hari kita jatuh cinta

Kredit foto: Instagram Intan Ladyana

Sinopsis

Mariam Sophia (Intan Ladyana) dan Yusoff Farhan (Azlee Khairi) bertemu secara tidak sengaja, lantas menimbulkan bibit-bibit cinta antara mereka.

Mariam kemudiannya mengetahui bahawa kekasih lamanya, Firhad (Gambit Saifullah) merupakan adik kepada Farhan.

Enggan mengundang rasa curiga, Mariam mendedahkan kisah silamnya pada Farhan, sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Selepas berkahwin, Farhan telah ke Palu, Indonesia untuk memberi bantuan kepada mangsa gempa bumi, sedang di luar pengetahuannya Mariam sedang hamil.

Ketika ketiadaan Farhan di sisi, Mariam menempuh pelbagai suka duka yang membuatkannya menderita, apatah lagi sekembalinya Farhan dalam keadaan hilang ingatan dan tidak mengenali siapa Mariam!

   

novel hari kita jatuh cinta

Kredit foto: Instagram Fajar Pakeer

   

Pelakon

Ditunjangi Azlee Khairi dan Intan Ladyana.

   

Turut dijayakan Gambit Saifullah, Oktovia Manrose, Shah Khan, Puteri Khareeza, Zainol Macwilson, Azza Elite, Lydiawati, Halmey Hamdan, Trisha Ooi, Mas Anizan dan Naim Shamshol.

Baca: Biodata Azlee Khairi  

Baca: Biodata Intan Ladyana   

Baca: Biodata Gambit Saifullah

Baca: Biodata Oktovia Manrose

     

sinopsis hari kita jatuh cinta

Kredit foto: Instagram Zeel Production Sdn Bhd

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah karya sentuhan sutradara Rahim Zali terbitan produksi Zeel Production Sdn Bhd.

   

hari kita jatuh cinta episod 697

Kredit foto: Instagram Zeel Production Sdn Bhd

Waktu Siaran

Siaran 18 episod setiap Isnin hingga Rabu, jam 9 malam di slot Drama Ohsem, Awesome TV (saluran Astro 123 dan MyTV 112) bermula Mei 2021.

Tayangan perdana disiarkan selama tiga hari berturut-turut pada 1,2 dan 3 Februari 2021.

    

Kredit video: Promo : Tayangan Perdana Hari Kita Jatuh Cinta

   

Sumber:

1. Tayangan perdana drama 'Hari Kita Jatuh Cinta' lakonan Intan Ladyana dan Azlee Khairi trending di Twitter

2. Novel Hari Kita Jatuh Cinta

3. Awesome TV




Hakcipta iluminasi.com (2017)