Oleh pada 24 Sep 2020 kategori

    

Sekali Ku Jatuh Cinta merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 ditunjangi oleh Nazim Othman, Aprena Manrose dan Reen Rahim.

Drama slot Widuri TV1 arahan Mansor Akob ini memulakan tayangan di kaca televisyen pada 20 September 2020.

    

sinopsis sekali ku jatuh cinta

    

Sinopsis

Mengisahkan Farah yang menerima lamaran daripada kekasihnya, Amar yang berhajat menyuntingnya sebagai isteri dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Namun perkara tidak terduga berlaku apabila secara tiba-tiba kekasih lama Farah, Shah kembali merebut cintanya.

Adakah Farah bakal pulang semula ke pangkuan Shah atau meneruskan hubungan bersama Amar?

   

sekali ku jatuh cinta episod

     

Pelakon

Diterajui Nazim Othman, Aprena Manrose dan Reen Rahim.

Turut sama, Nazrief Nazri, Fieza Jolie, Daler Yusof, Meor Mohd, Esma Daniel dan Laila Nasir.

   

Baca: Biodata Nazim Othman

Baca: Biodata Aprena Manrose

Baca: Biodata Reen Rahim

Baca: Biodata Nazrief Nazri

Baca: Biodata Daler Yusof

   

sekali ku jatuh cinta

      

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Garapan sutradara Mansor Akob (Manchi) menerusi penerbitan daripada syarikat produksi, Zamriez Golden Pictures.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Megat Rahim - Sinar (Official Music Video)

    

Tajuk: Sinar

Penyanyi: Megat Rahim

Komposer: Ippo Hafiz

Lirik: Ippo Hafiz

       

drama sekali ku jatuh cinta 448

     

Waktu Siaran

Ditayangkan selama 13 episod di Slot Widuri TV1 (RTM), mulai 20 September 2020, setiap Khamis hingga Ahad, jam 7 malam.

Siri ini juga boleh ditonton melalui penstriman dalam talian iaitu di myklik.rtm.gov.my.

    

Sumber:

1. RTM MyKlik

2. Instagram Radio Televisyen Malaysia (RTM)

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)